SAHABAT SEPERJUANGAN

Thursday, February 24

AZAN 24 JAM DI SELURUH DUNIA


Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini.
Subhanallah. ..

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'

Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta. Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang
dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam. Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di-Malaysia.

Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.

Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.

Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di-Afghanistan dan Muscat.

Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.

Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.

Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah
mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Saturday, February 19

Tahukan anda fakta ini??

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya di tuangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy , jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain ke arahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.

hehehehehhehehehehe eh....... ....Sentuh la telinga korang ngan siku sampai ia kena.......Tak normal la korang 
tahukah anda gambar apa ni??

Saturday, February 12

11 JENIS MANUSIA DIDOA MALAIKAT

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. 

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah: 


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. 

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: 
"Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci." 

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. 

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: 
"Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'" 

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. 

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: 
"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan." 

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: 
"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf." 

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. 

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu." 

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. 

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: 
"Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat." 

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. 

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: 
"Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.' "


8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. 

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: 
"Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'" 

9. Orang yang membelanjakan harta (infak). 

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: 
"Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'" 

10. Orang yang sedang makan sahur. 

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: 
"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur." 

11. Orang yang sedang melawat orang sakit. 

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: 
"Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh." 

p/s: Semoga kita tergolong dalam golongan yang didoakan oleh malaikat.Insyaallah.

Thursday, February 10

Jom cuba permainan ini


Anda Bosan? Jom cuba permainan di bawah. Anda cuma perlu pilih 
jawapan anda dan sambungkan kesemua jawapan yang anda dapat. Lepas tu kongsikan apa yang anda dapat.Kadang-kadang ada jawapan yang lawak hehe (Kredit kepada tuan idea).



 1. Pilih bulan kelahiran anda:

Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentot depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar



2. Pilih nombor hari jadi anda:

1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Maria Ozawa
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan Ipin
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Nickhun (2am)/ Yuna (SNSD)
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan



3. Pilih warna baju yang anda pakai:

Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat


 Jawapan anda? Jom kongsi~

contoh jawapan:
 Aku pergi dating dengan bapok sebab aku perasan hensem..

apekah?? xley blah... hahah!!

Tuesday, February 8

I'm 30 my wife 32

Cite ni copy-paste dr blog Dek Pong Gak Eh.... Hehe... Lawak... Bacala....
*p/s: cite ni ditulis dalam loghat kelantan. kepada yang bukan kelantanese, sila cari orang yang paham kelantan sbg translater. HAVE FUN!!

++++++

Ambo teringat cerito tempoh hari maso dalae bas alah nok gi hotel di Brisbane, Australia. Maso tu baru sapa di Brisbane, baru abih kijo. Ambo and smua crew MAS naik bas nok gi ko hotel. Hotel pulok di Gold Coast. Jauh dari Brisbane, and perjalanan bas mengambil maso selamo 1 jam.

Crew-crew ni biasolah, begosip, berbual, nombo satu. Lebih-lebih lagi lamo dok dalae bas, puah la pok-pok dio. Mulo lahhhh berceritaaaaaa. Ado stewardess ni bagi satu cerita interesting. Menarik kak loh la, so ambo raso patut ambo share di sini.

Menurut stewardess tu, ado satu hari, dio kijo untuk satu penerbangan gi ko Madras, India. Dio kato ado one guy ni, Indian guy, masuk dalae pesawat bersama isteri dio. Masuk-masuk, lepah letok beg, dio pon duduk bersebelahan isteri dio. The following dialogue passed between the guy and stewardess tu......

Indian guy : Excuse me, I'm thirty and my wife thirty two.
Stewardess : Ermmm, okayyy, thats very good (smilling awkwardly)
Indian guy : Yes, I'm thirty and my wife thirty two.Ok?
Stewardess : Yes good, good for you.
Indian guy : So can we have some?

At this point, stewardess tu start pelik, and tekejut. Bakpo, sebab demo umo 2 tahun lagi mudo dari isteri demo, pah demo banggo, nok oyak ko oghe lain abih ko? Tok cukup dengan tuh, demo nok "have some" dalae pesawat!!! Nok have some what??? Love??

Stewardess : Err, I'm so sorry sir but this is considered a public place.
India guy : Yes I know. But both of us very thirty.

Pado maso samo, that guy angkat tange dio, extend ibu jari dio and halakan pado mulut dio, and stewardess tu, bulat kan mato dio...

Stewardess : Ohhhhh you are THIRSSSSSSTYYYYYYY!!! Oh u want water!!
Indian guy : Yes, because I'm thirty and my wife thirty two...

Stewardess tu gi blakae pesawat, tarik tutup curtain, and begolek atah lantai sambil pegae perut dio...HAHAHA

Monday, February 7

MAAFKAN SAYA


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.


"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."

MY FAVOURITE

  • jalan2 bersama org y trsayang... =)
  • picnic ngn y trsayang......bestnye.....
  • merakam detik2 manis bersama org tersayang... =]
  • time xduk umah, suke gayut ngn si kenit ngn budak udoh
  • do something creative....suke sgt!!
  • kdg2 baca novel....
  • online....facebooking..... blogging..... cari cite2 baru untuk dimuatkan lam blog dan note fb.......... ;-)

Nikmatnya hidup ini....

Nikmatnya hidup ini....
Ku mengimpikan sebuah keluarga bahagia

sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah