SAHABAT SEPERJUANGAN

Friday, July 23

Makna di sebalik Coke


Aku rasa korang juga suka minum air coke.Betul atau tak rakyat malaysia sangat suka dengan air coke,pepsi dan bermacam lagi la yang dikeluarkan dari luar.Pernah korang tahu dan soal selidik ape makna disebalik minuman coke yang menjadi kegemaran ramai ini??Adakah korang amik tahu atau tidak atau pun memang korang sedar tapi tutup mata je dengan benda ni semua.Sebelum ini kita telah dihantar oleh seseorang untuk boikot makanan di tesco la ape la.Tapi orang tetap buat tak tahu sekejap dengan barang yang dikeluarkan oleh israel selepas tu beli balik.Korang pernah terpikir tak apa benda yang kita makan semuanya banyak yang dicampurkan dengan benda yang tak patut sekarang ni.Aku rasa korang tahu hal ini.

Ini adalah fakta coke yang betul ok.Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan atau sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke.Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan.Macam pasukan SMART dan bomba kitalah.Cuba korang tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna air coke untuk menghilangkan benda ni semua?

Apabila korang di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1.Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke,ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari.Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2.Untuk korang yang suka mencuci tandas :Masukkan satu tin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'.Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis!Rasa-rasa korang buat sabun badan boleh tak?

3. Coke juga untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome:Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta: Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat:Sekali lagi tuang satu tin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian:Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa.Kesan minyak tu pasti hilang.Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit?Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

Bahan aktif Coke adalah phosphori c asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporo sis.Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis:bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis.Tolong jangan letak/parkir kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu,silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun.

Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum.Tambah pula dengan ais.Rasa macam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll.Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh.Macam candu masuk China dulu.Antara isi kandungan nya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola.Tu yang boleh ada perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi,try cara ni,kot-kot gigi tu bleh hilang!

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya,para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak.Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu,semburlah Coke untuk bunuh serangga.Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pergi Mekah bleh confirm kot?

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya.
Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.

Tepuk dahi tanya hati....n aku minum ke tak? Aku pun minum sekali sekala! Sama-samalah kita bercoke sambil singgah KFC [Syarikat Yahudi gak!], time raya, time parti, time kenduri dan time bola piala dunia.

0 winks2x.......:

MY FAVOURITE

  • jalan2 bersama org y trsayang... =)
  • picnic ngn y trsayang......bestnye.....
  • merakam detik2 manis bersama org tersayang... =]
  • time xduk umah, suke gayut ngn si kenit ngn budak udoh
  • do something creative....suke sgt!!
  • kdg2 baca novel....
  • online....facebooking..... blogging..... cari cite2 baru untuk dimuatkan lam blog dan note fb.......... ;-)

Nikmatnya hidup ini....

Nikmatnya hidup ini....
Ku mengimpikan sebuah keluarga bahagia

sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah