Ini tudung saji ye... Fungsinya adalah untuk letak lauk-pauk di bawahnya utk mengelakkan dari dihinggap lalat. |
Artikel ini ditulis atas rasa kasih sayang yang mendalam terhadap kalian,
insan yang pernah kukenal atau tidak pernah kenal tetapi disatukan atas
nama ISLAM.
Tersebut alkisah di sebuah negeri jauh di pedalaman yang jarang ditembusi
para pendakwah melainkan setahun sekali iaitu pada bulan Ramadan.
Seorang mak cik bertanya pada salah seorang ustaz usai tazkirah maghribnya.
''Ustaz, apa hukum memakai tudung?''
Jawab si ustaz dengan penuh yakin,
''Tak Wajib!''
Mak cik tersebut tidak mengalah, diajukan pula soalan kedua.
''Apa pula hukum memakai baju?"
Dengan penuh yakin lagi sekali dan dinyaringkan sedikit suaranya,
''Tak Wajib!''
Mak cik tersebut mula menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil
mengerutkan dahinya yang sudah tersedia kedut. Ustaz tersebut mula
berdehem dan bersuara.
''Mak cik, dalam Islam, kewajipan menutup aurat Islamtidaklah terlalu
rigid dalam menetapkan jenis dan bentuk pakaian yang wajib dipakai
tetapi Islam meletakkan beberapa garis panduan agar Islam ini dilihat
fleksibel, sesuai sepanjang zaman dan tempat. Kalaulah tudung saji,
pembungkus roti , dan plastik Mydin Satu Malaysia boleh digunakan
untuk menutup aurat, maka hukumnya Harus digunakan , malah boleh
jatuh hukum Wajib dalam keadaan darurat jika hanya 'pakaian-pakaian'
tersebut yang boleh digunakan untuk menutup aurat.''
Terkebil-kebil mak cik tersebut mendengar syarahan ustaz tersebut.
Masuk kampung setahun sekali, sempat lagi nak beranalogi dan melawak
dengan aku, bisik hati kecil mak cik tersebut.
Straight to the point , orang selalu tanya tudung macam ni okay x?
baju ni okay tak? so, ni jawapan paling mudah..
"MACAM MANA PAKAIAN YANG DIBENARKAN UNTUK TUNAIKAN
SOLAT, MACAM TU LAH PAKAIAN MENUTUP AURAT YANG
MENGIKUT SYARIAT ISLAM. KALAU KORANG RASA PAKAIAN
KORANG TU TAK SESUAI UNTUK BAWAK SOLAT. ITU MAKNANYA
PAKAIAN KORANG ADA SOMETHING WRONG.."
0 winks2x.......:
Post a Comment