SAHABAT SEPERJUANGAN

Tuesday, February 28

Kisah Rasulullah dengan sebiji limau




Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama2 dengan beberapa org sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Sesiapa yang melihat buah limau itu pasti terliur. Baginda menerima hadiah itu dengan senyuman gembira. Maka
Rasulullah SAW memakan buah itu seulas demi seulas dengan senyuman. Kebiasaannya Rasulullah akan makan bersama-sama para sahabat tetapi kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada sahabatnya. Baginda terus makan dan setiap ulas disuap ke mulutnya diiringi dengan senyuman sehinggalah limau itu habis. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang,diiringi ucapan terima kasih dari baginda.

Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum,Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu bahawa limau itu tersangat masam semasa saya merasainya untuk kali pertama. Jika kalian turut makan bersama,saya bimbang andai ada diantara kalian akan mengenyetkan mata dan memarahi wanita itu.Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itulah saya makan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik,murah dan daripada orang bukan islam juga. Sebenarnya wanita itu pulang dengan hari yang kecewa. Mengapa?? Sebenarnya wanita itu ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau yang masam. Malangnya rancangan wanita itu tidak berjaya. Rancangannya ditewaskan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Cuba kita fikir sejenak...kalau situasi ini berlaku kepada kita macam mana? Pasti ada yang merungut "masamnya limau ini" atau "limau ini kamu beli dengan harga yang murahkan?" dan sebagainya.



Jika seseorang memberi kita segelas air limau masam, tambahlah gula. 
Jika seseorang memberikan kita seekor ular sebagai hadiah, simpanlah kulitnya. 
Lihatlah di sebalik sesuatu tragedi, yakni kejahatan tidak akan dijumpai, 
dan di semua situasi, Insha-Allah kita akan mendapat kebaikan, pahala dan ganjaran daripada Allah.

0 winks2x.......:

MY FAVOURITE

  • jalan2 bersama org y trsayang... =)
  • picnic ngn y trsayang......bestnye.....
  • merakam detik2 manis bersama org tersayang... =]
  • time xduk umah, suke gayut ngn si kenit ngn budak udoh
  • do something creative....suke sgt!!
  • kdg2 baca novel....
  • online....facebooking..... blogging..... cari cite2 baru untuk dimuatkan lam blog dan note fb.......... ;-)

Nikmatnya hidup ini....

Nikmatnya hidup ini....
Ku mengimpikan sebuah keluarga bahagia

sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah