SAHABAT SEPERJUANGAN

Sunday, October 31

REALITI PEMAKAIAN TUDUNG IDAMAN KAUM HAWA

Alhamdulillah.... pemakaian tudung sekarang sudah menjadi trend wanita masa kini... namun ada yang menyedihkan apabila trend bertudung disalah ertikan... bagi mereka pemakaian tudung hanya sebagai simbol anda itu muslimah... bermacam-macam fesyen tudung yang kita boleh lihat sekarang dan kebanyakannya bertentangandengan hukum syarak.... sebetulnya cara pemakaian tudung harslah dititikberatkan kerana tudung bukan hanya menutup rambut, malah menutup semua keaiban muslimah.... juga menjaga para muslimat dari nafsu syaitanirrajim..... ada beberapa fesyen tudung yang menjadi idaman kaum hawa... 

subhanallah...cantiknya...
inilah cara pemakaian tudung yang betul...
tp diriku bukan begini...
beliau terlampau cantik....




1.Tudung 'Mickey Mouse'

leher juga merupakan aurat yang wajib ditutup
-Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga.Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.


2.Tudung Lilit

gambar hiasan

-Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja.Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.



3.Tudung 'See Through'

sangat jarang...adoii

-Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat,kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap.Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.



4.Tudung Jambul

gambar hiasan jek...
-Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta.



5.Tudung 'Singlet'

ini ke pakaian muslimah??
sungguh memalukan.....

-Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum.Tiada kelongaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.



6.Tudung Saji

erk...da ke org pakai tudung ni??

-Sekejap pakai,sekejap tidak.Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher.


gambar hiasan
tudung saji yang dimaksudkan

Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.

gambar hiasan

wahai kaum hawa...bakal ibu kepada tentera-tentera islam...bertudunglah dengan sempurna...kelak, hidupmu akan dilindungi...jadilah kaum muslimah yang sejati.....
cara menutup aurat yang dituntut dalam islam

masyaallah... cantiknya mak siti bertudung....


maafkan diriku andai terkasar bahasa...
maafkan diriku andai anda terasa...
diri ini hanya insan biasa...
niatku bukan untuk mengaibkan kalian...
hanya menegur selagi mampu...
andai diri ini juga melakukan kesilapan...
amat dialu-alukan kalian untuk menegurku...
ku berjanji...
tidak akan marah walau sedikit pun...
tidak akan menyimpan dendam walau sekelumit di dalam hati...
akan kucuba untuk memperbaiki diri ini...
menjadi yang terbaik sebagai makhluk-Nya...
=)

0 winks2x.......:

MY FAVOURITE

  • jalan2 bersama org y trsayang... =)
  • picnic ngn y trsayang......bestnye.....
  • merakam detik2 manis bersama org tersayang... =]
  • time xduk umah, suke gayut ngn si kenit ngn budak udoh
  • do something creative....suke sgt!!
  • kdg2 baca novel....
  • online....facebooking..... blogging..... cari cite2 baru untuk dimuatkan lam blog dan note fb.......... ;-)

Nikmatnya hidup ini....

Nikmatnya hidup ini....
Ku mengimpikan sebuah keluarga bahagia

sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah