SAHABAT SEPERJUANGAN

Monday, October 18

4 GOLONGAN LEKAKI DITARIK WANITA KE NERAKA

Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka. Tazkirah ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul!



1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat... tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.



2. Suaminya



Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.



3. Abang-abangnya


Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya... jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ...tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.



4. Anak Lelakinya


Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran seperti mengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka. 



Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ,maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

 Firman  ALLAH  SWT:- "HAI  ANAK  ADAM PERIHARALAH  DIRI  KAMU  SERTA  AHLIMU  DARI  API  NERAKA  DI  MANA  BAHAN  PEMBAKARNYA  IALAH  MANUSIA,  JIN  DAN  BATU-BATU..."

Harga seorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seorang muslim ddengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yang mengucapkan kalimah tauhid). Dengan itu, janganlah kita membuang atau tidak mengendahkan janji dan peluang yang ALLAH SWT berikan pada kita.

0 winks2x.......:

MY FAVOURITE

  • jalan2 bersama org y trsayang... =)
  • picnic ngn y trsayang......bestnye.....
  • merakam detik2 manis bersama org tersayang... =]
  • time xduk umah, suke gayut ngn si kenit ngn budak udoh
  • do something creative....suke sgt!!
  • kdg2 baca novel....
  • online....facebooking..... blogging..... cari cite2 baru untuk dimuatkan lam blog dan note fb.......... ;-)

Nikmatnya hidup ini....

Nikmatnya hidup ini....
Ku mengimpikan sebuah keluarga bahagia

sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah