SAHABAT SEPERJUANGAN

Thursday, October 21

Surat untuk future husband (balasan surat untuk future wife)...



Kehadapan my future husband,

I menulis surat ni bukan sebab teruja surat yang u kasik kat I tapi atas sebab I pun teringin jugak nak bagi nasihat kat u. Sebelum tu, I nak cakap yang I terima u seadanya. I takkan cuba mencari yang lain yang lebih sempurna dari u. I tahu taka da manusia yang sempurna.I terima semua kekurangan u.I tak kisah asalkan u sayang I. hehe I ni xcomel pun. Ayu je. Tapi baik dan rajin tu ada la. Harap u pun boleh terima I seadanya.


I memang ada facebook tapi I tak letak gambar I. kalau ada pun gambar yang ditag je. Jangan risau la. Gambar daring-daring satu pun I tak letak. I ni dah la xcomel. Tapibukan sebab tu I tak nak letak gambar I. I cuma takut nak tunjuk keayuan I kat seluruh dunia.I bukan takut kat u tapi I takut kat ALLAH.I takut azab-Nya.Dan u pun janganlah letak gambar macho-macho kat facebook u. Bukan I cemburu tapi I takut nati ramai awek tergila-gilakan u. Mula-mula u memang tak layan tapi lama-lama iman u boleh cair bila tengok awek-awek cun duk pikat u.I takut u nanti terjebak dngan cinta dunia dan terus hanyut dari mengejar cinta akhirat.


I sebenarnya tak kisah u nak kahwin ramai. I sanggup bermadu. Kalau u nak kahwin 2,3,4 lagi I suka. Bukan apa. nanti di akhirat I akan dapat payung emas. I nak payung tu. Bukan sebab ia diperbuat dari emas tapi sebab payung tu boleh melindungi I dari panas terik cahaya matahari yang tingginya sejengkal dari kepala. Tapi u kena adil la dengan isteri-isteri-isteri-isteri u.I tak nak di akhirat nanti u jalan senget pulak.


I takde gambar yang dedah sana dedah sini dalam facebook. Bukan I tak berani nak bergambar macam tu tapi macam I cakap tadi la.I takut dengan azab ALLAH. I jaga aurat I. Yang boleh tengok hanya suami I, iaitu u. =) .gambar I yang ada dalam facebook hanya 1 je. Tu pun gambar ramai-ramai. Dengan family I. Dan gambar I pun xjelas sangat sebab I ni pemalu I menyorok masa jurugambar duk snap picture.


My future husband,

I tak kisah dengan masa depan kita. Bukan maksud I tak kisah langsung tapi bagi I, I terima u seadanya. I tak kisah pasal harta. I tak nak rumah 10 tingkat.Tak perlu. Sebab I ni gayat. Emas, intan, berlian pun I tak nak jugak. I tak layak dapat semua tu. Yang I nak hanya u. Lagipun harta dunia boleh dicari. Yang penting bagi I u ni kaya iman, kaya ilmu dan kaya budi bahasa. Itu pun dah cukup untuk buat I bahagia. Pasal anak I tak kisah dapat berapa orang.Lagipun anak-anak tu rezeki.Tak baik tolak rezeki.Tapi u jangan la bersedih jika kita tak dikurniakan anak ye.Bukan sebab I mandul tapi sebab belum ada rezeki.


Nanti lepas kahwin I mungkin tak kerja. I bukan pemalas. Tapi I takut bila I berkerja I tak dapat tumpukan sepenuh perhatian pada rumahtangga. I tak nak u cari lain. Bukan I cemburu tapi I takut u tak mampu je. I tau u tak mampu nak tanggung ramai isteri.Anak-anak pun u asyik marah-marah je. I tahu u letih. Sebab tu I akan siapkan minum petang dengan sedikit kuih untuk u. I  akan berhias secantik mungkin untuk u. I akan sambut u dengan senyuman yang paling manis yang u tak dapat dari orang lain. Hanya dari I.I juga akan urut-urut u supaya hilang lenguh-lenguh badan u. Nanti petang boleh la u melayan anak-anak. I senang bila tengok u senang.


I ni bukan jenis yang lemah lembut. I adalah seorang gadis yang agak degil dan garang.Tapi dengan u I takkan garang.I takkan melawan cakap u. I cuma garang dengan lelaki-lelaki yang cuba mengorat I je. I tak nak dorang. Bukan sebab dorang tu tak baik. Dorang baik cuma I tak nak lelaki yang pikat I macam tu. Bagi I kalau nak jumpa parents I la. Tapi I tahu dorang tak kan buat macam tu. Dorang hanya nak kapel. I tak nak kapel. I nak kapel dengan u je. Tu pun lepas kahwin.Pasal gaduh-gaduh tu, kita gaduh-gaduh manja je la ye. I takut nanti I merajuk, u juga yang susah. I tak nak.Kecian u kena pujuk I.


My future husband,

I boleh la masak sikit-sikit. I dah belajar memasak dengan mak I. bagi I masakan mak I la yang paling sedap. Tapi tak tahu la bagi u macam mana. Cuma nanti kalau I masak tak sedap u jangan marah ye. U cakap baik-baik. I sebenarnya tak tahu sangat selera u macam mana. Maklumlah, kita tak pernah jumpa lagi. Tak pun kalau u pandai masak u tolong ajar I. u cakap u suka makan apa. I akan cuba masak sesedap yang mungkin.


I takkan benarkan u makan kat restoran. Bukan jeles ngan makcik tukang masak kat restoran tu tapi u kena berjimat la sikit. Anak-anak dah semakin ramai. Duit pun banyak nak pakai. Lagipun makan masakan isteri kan lagi baik. Penat I masak tau.


I sebelum ni dah dua kali bercinta. I bercinta dengan  ALLAH dan RASULULLAH. I sayang ALLAH dan RASULULLAH  sangat-sangat. U jangan jeles lak dengan cinta I ni. I nak u pun sama-sama mencintai mereka.Kita sama-sama mengejar cinta-Nya ye.


Sebagai penutup I copy u punya ayat. Bila kita kahwin nanti, I masak, u makan. U imam, I makmum. U baca doa, I aminkan. I merajuk, u pujuk. Perfect sangat!! Tapi I tak nak cari u. I tak nak jadi perigi cari timba. Biarlah I menunggu di sini. Menanti u datang menjemput I sebagai suri rumah u dan juga penyeri hidup u. Akhir kata. Assalamualaikum zawji.

0 winks2x.......:

MY FAVOURITE

  • jalan2 bersama org y trsayang... =)
  • picnic ngn y trsayang......bestnye.....
  • merakam detik2 manis bersama org tersayang... =]
  • time xduk umah, suke gayut ngn si kenit ngn budak udoh
  • do something creative....suke sgt!!
  • kdg2 baca novel....
  • online....facebooking..... blogging..... cari cite2 baru untuk dimuatkan lam blog dan note fb.......... ;-)

Nikmatnya hidup ini....

Nikmatnya hidup ini....
Ku mengimpikan sebuah keluarga bahagia

sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah