SAHABAT SEPERJUANGAN

Sunday, November 21

AYAHKU DI RUMAH SERI KENANGAN

Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta, Perak

Assalamualaikum ayah,

Maafkan adik sebab tak dapat menjenguk ayah di Rumah Seri Kenangan. Adik terlampau sibuk. Banyak tempahan yang adik perlu siapkan. Maklumlah, Hari Raya semakin dekat. Along dengan angah juga begitu. Angah pergi outstation di Jepun tiga bulan. Kira dia tak balik raya ni. Beraya dekat sana la kot. Along pula baru dapat tender projek baru. Nilainya berjuta. Tak mungkin along akan lepaskan peluang ini!

Ayah apa khabar? Sihat? Orang-rang di sana macam mana? Semua layan ayah dengan baik kan?
Adik harap ayah sihat-sihat je di sana. Beramah mesralah dengan kawan-kawan ayah yang lain. Baru ayah tak bosan.

Ok lah ayah. Adik terpaksa pergi dulu. Adik nak siapkan kek yang ditempah pelanggan. Kalau menulis banyak-banyak nanti tak siap pula kek adik tu. Adik janji raya nanti kami pergi jenguk ayah. Kami bawak baju baru untuk ayah. Nanti adik buatkan kek coklat untuk ayah. Ayah cakap ayah suka kek adik kan?
Oh, ya. Along dengan angah kirim salam buat ayah. Kami semua rindu ayah. Jaga diri baik-baik ye ayah.

Sekian,
Nasuha




+++++++++++++++++++++++++++
 ayah balas
+++++++++++++++++++++++++++




Waalaikumussalam,

Tak apa lah adik. Ayah tak kisah. Ayah baik-baik saja di sini. Ayah bahagia sangat. Anak-anak ayah semua sudah Berjaya. Masing-masing lepasan luar negara. Tak sia-sia ayah jual tanah untuk menghantar kamu semua ke luar negara. Sekarang ayah sudah tak punya apa-apa lagi. Tanah tapak rumah yang sekangkang kera tu pun along kau dah nak jual. Katanya ayah dah tak perlukan rumah tu. Betul kata along. Ayah da ada rumah baru. Rumah yang korang taruk ayah sekarang.

Ramai orang cakap tinggal di Rumah Seri Kenangan ni tak seronok. Sebab jauh dari anak-anak. Tapi ayah gembira sangat. Ayah dapat jumpa rakan-rakan yang senasib dengan ayah. Kami berbual-bual bercerita tentang perangai dan sikap anak masing-masing. Ada yang sedih. Ada yang kecik hati. Ada juga yang menyalahkan diri sendiri sebab tak dapat mendidik anak-anak dengan baik. Tapi ayah tak. Ayah bangga sangat sebab anak-anak ayah semua sudah berjaya. Masing-masing sudah punya kerjaya sendiri. Ayah sudah berjaya didik kalian dengan ilmu dunia.

Tapi ayah agak terkilan sebab ayah tak sempat mengajar kalian ilmu-ilmu akhirat. Ayah gagal dalam hal-hal agama. Ayah gagal! Ayah tak dapat mendidik kalian dengan baik.

Kat sini ayah nak bagitau beberapa perkara buat anak-anak ayah. Dah lama ayah simpan. Ayah rasa sudah sampai masanya ayah luah segalanya. Diharap korang semua sedar akan sikap masing-masing.

Along,
Ayah tahu along selalu seluk poket ayah. Ayah tahu along selalu ambik duit dalam dompet ayah. Ayah tahu along selalu curi duit dalam laci yang ayah simpan untuk arwah mak kamu buat belanja hari esok. Tapi ayah sekali pun tak marah. Sebab ayah tahu anak ayah teringin sangat nak makan coklat mahal. Ayah tahu along teringin sangat nak makan keropok kedai Cik Mat. Dan arwah mak kamu meninggal pun sebab kamu. Ayah tahu ini semua takdir ayah tapi alonglah yang memaksa arwah mak untuk pergi ke kedai seberang jalan umah kita sebab kamu teringin nak makan ais krim yang dijual dengan motor Jani. Ayah nampak masa mak kamu nak melintas along tolak mak sampai dia jatuh tersungkur. Ayah tahu along tidak sengaja menolaknya. Tapi tak bolehkah along bersabar sebentar? Along tak nampakkah lori di tengah jalan? Lori tu lah yang menggilis arwah mak kamu. Akhirnya kamu semua jadi anak yatim. Tapi ayah sedikit pun tak marah. Tahu kenapa? Sebab ayah sayang anak-anak ayah sangat-sangat.

Angah,
Ayah tahu angah selalu menipu ayah. Angah tak pernah bercakap benar dengan ayah. Apatah lagi dengan arwah mak. Masa angah belasan tahun, angah bagitahu arwah emak angah ingin ke kelas tambahan di pekan. Angah mintak duit dengan arwah mak. Arwah mak cakap tak ada. Angah mengamuk satu hari. Angah mogok makan. Akhirnya ayah terpaksa beri duit yang ayah nak bayar hutang Ah Chong kat angah. 

Esoknya pagi-pagi lagi angah keluar. Angah tak sarapan pun. Kecik hati arwah mak. Tapi ayah pujuk arwah mak. Ayah cakap angah takut terlepas bas. Mungkin kelas angah mula awal. Tapi rupa-rupanya angah tak pergi kelas. Ayah nampak angah membonceng motorsikal dengan anak lelaki Pak Seman. Dengan keadaan angah yang memakai jeans ketat dan tak bertudung, ayah tahu angah tak pergi kelas. Ayah hairan mana angah dapat pakaian macam tu. Setahu ayah ayah dengan arwah mak tak pernah beli untuk anak-anak ayah.

Petang tu angah pulang lewat. Dah dekat maghrib baru sampai. Ayah tanya kenapa lewat? Angah cakap kelas habis lewat. Walaupun ayah tahu kebenarannya, ayah sikit pun tak marah angah. Ayah kesian tengok anak-anak ayah. Selalu terperuk di rumah. Belajar. Sekali sekala nak juga berhibur dengan kawan-kawan. Lagipun anak-anak ayah semuanya cemerlang dalam pelajaran.

Adik,
Adik adalah anak ayah yang paling baik. Ayah bukan nak membandingkan kamu semua tapi adiklah yang selalu bersikap jujur, dengar cakap orang tua dan tak panjang tangan. Tapi ayah sedih satu perkara. Adik selalu tutup kesalahan abang dengan kakak adik. Walaupun adik tahu abang dengan kakak bersalah tetapi adik tak pernah cerita kat ayah. Kenapa adik? Along dengan angah ugut adik ke? Ayah tengok adik ikut je cakap mereka. Masa mereka buat keputusan menghantar ayah ke sini adik tak bersuara pun. Ayah tahu. Ayah sakit. Ayah akan menyusahkan kalian jika ayah tinggal bersama kalian. Bagus juga ayah dihantar ke sini. Kebajikan ayah terjaga. Berbanding ketika tinggal bersama kalian. Makan minum ayah entah ke mana. Makan ubat pun tak menentu.

Ayah rasa tak payahlah anak-anak ayah datang ke sini menjenguk ayah. Lagipun kalian semua sangat sibuk mengejar impian masing-masing. Tak pe. Ayah tak kisah. Asal anak-anak ayah gembira dengan hidupnya. Biarlah ayah mati di sini. Jika ayah mati, kalian semua tak perlulah ziarah kubur ayah. Lupakan ayah. Ayah tak layak dipanggil ayah. Ayah tak layak jadi seorang ayah. Ayah tak pandai didik anak-anak. Biarlah ayah di sini bersama kawan-kawan ayah. Mengenang kenangan bersama arwah mak kamu. Isteri ayah yang sangat ayah rindui. Alangkah bagus jika dia ada bersama ayah. kalau dia ada, tak adalah ayah tinggal di Rumah Harmoni ni. Tapi ayah bersyukur ayah berada di sini. Ayah boleh mengisi kerinduan ayah terhadap arwah mak kamu. Ayah redha dengan ketentuan-Nya.

Sebelum semuanya berakhir, ayah ingin memohon maaf kerana gagal mendidik kalian. Jaga lah diri baik-baik. Ayah sayang anak-anak ayah.

Salam sayang,
Ayah 

Entri ini ditulis selepas menonton cerita Menggamit Rindu yang disiarkan di tv3 sempena Hari Raya Korban baru2 ini...
Ceritanya amat sedih...
Harapan seorang ayah hancur dek sikap anak2 yang tak mengenang budi...
Dihantar ayahnya ke rumah orang2 tua kerana tidak sanggup menjaga ayahnya...
Dikhuatiri dengan kehadiran ayahnya di rumah kegiatan mereka yang tidak bermoral akan terhalang...
Akhirnya anak angkat yang dulu sering dipukul, dicaci maki dan dihalau dari rumah mengambilnya dari rumah orang2 tua dan menjaganya...
Anak ini amat menyayangi orang tuanya walaupun dirinya dibenci oleh ayah dan adik2nya..
Hakikatnya anak ini bukan abang angkat mereka tetapi beliau adalah abang susuannya...
Itulah kasih sayang seorang anak pungut... 

0 winks2x.......:

MY FAVOURITE

  • jalan2 bersama org y trsayang... =)
  • picnic ngn y trsayang......bestnye.....
  • merakam detik2 manis bersama org tersayang... =]
  • time xduk umah, suke gayut ngn si kenit ngn budak udoh
  • do something creative....suke sgt!!
  • kdg2 baca novel....
  • online....facebooking..... blogging..... cari cite2 baru untuk dimuatkan lam blog dan note fb.......... ;-)

Nikmatnya hidup ini....

Nikmatnya hidup ini....
Ku mengimpikan sebuah keluarga bahagia

sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah