SAHABAT SEPERJUANGAN

Friday, January 14

Beberapa Perkara Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Jin, Syaitan dan sebagainya

Ari ni, nak cite kit tentang  beberapa perkara yang perlu korang tau pasal jin iblis syaitan suma ni. First kali, kita kena tau kat mana port diorang ni lurus-lurus pinggang. Senang je, diorang suma ni secara sains metafizik mempunyai julat 20 Khz gelombang yang rendah. So, tempat lepak diorang adalah tempat yang mempunyai tekanan yang rendah.. Antaranya adalah :-

Kawasan yang tak boleh masuk angin atau cahaya
tempat atau ruang sempit
Sudut, atau penjuru mana mana bangunan
Permata tiruan…
Tempat yang terlalu busuk atau wangi
Tempat yang lembab atau terlalu kering
Tempat yang sunyi

So, korang boleh agak kan kenapa setan suka dok dalam jamban?.. Sebab tempat tu lembab… Korang boleh agak kan kenapa disko banyak setan?. Sebab tempat tu sempit, sesak. Korang tau kan kenapa setan banyak kat tempat sunyi?.. Sebab kawasan tu bertekanan rendah. dan korang mesti da tau kenapa bomoh suka pakai botol kosong tangkap hantu ?.. Sebab dalam botol tu bertekanan rendah.. Bila tekanan rendah, diorang masuk dalam botol, Pastu bomoh pun ngap , tutup terus. Kalo korang tak tidur dalam kelas masa tahun 5, ada cikgu sains ajar pasal ketumpatan bunyi dalam botol yang ada air tu. Jadi, da terjawab soalan kenapa hantu suka duduk dalam almari baju korang?
So, camne nak setel ngan makhluk durjana ni?.. Ok, di sini nak ajar korang kit camne, kadang-kadang tak yah pakai ayat al Quran pun x pe :-

Jerit sekuat hati korang. Bila korang jerit, kawasan tu akan bertukar menjadi bertekanan tinggi
Bakar mercum
Pasang radio kuat kuat
Guna garam
Pakai berlian

Ha, ok ke tak ok ?.. Setan memang benci garam sebab garam adalah berasal dari hablur kristal. Hablur kristal boleh menyerak cahaya putih jadi 7 warna. Sebab tu orang tua banyak amalkan guna garam ni. Cuma garam komersial sekarang ni banyak sodium berbanding potasium < hehehe, dah jadi sains sekarang ni > .Sama juga dengan berlian, berlian pun boleh serakkan warna cahaya kepada 7 warna. So, serakan cahaya tu boleh la menghasilkan tekanan yang tinggi.


Jadi kesimpulannya, bila jumpa hantu, korang kena la jerit sampai pecah anak tekak korang. Atau kalo enset boleh play MP3, korang attach ngan boombag ke, biar merana hantu tu. Pastu korang nak jahat lagi, bila kawasan tu lembab, korang bawak pengering rambut. Mau nangis berdarah pontianak, sundel bolong, polong dan sebagainya. Ahahaa..
Eh, eh, abis tu ayat Al Quran yang halau halau hantu tu pulak macam mana..?.. Ha… ni la nak story ngan korang ni. Mesti korang terfikir gak kan? Berbalik pada prinsip asal yang hantu memang duk kat kawasan tekanan rendah.. Korang kena tau yang ada di antara ayat Al Quran yang bersifat sejuk dan bersifat panas. Selalu ayat pelindung Al Quran bersifat panas atau api sebab bacaan certain ayat2 tu boleh menukar kawasan tekanan rendah menjadi tinggi. Tu pasal diorang boleh sampai terbakar-bakar. Kalo korang nak halau hantu guna jeritan suara korang rasanya MUSTAHIL gila.


Kalo korang nak juga cuma guna jeritan untuk menukar kawasan bertekanan rendah menjadi tinggi, kelantangan bunyinya mesti menyamai dengan kekuatan bunyi gempa bumi. Mampus korang nak jerit kuat camtu. Kalo pakai ayat Al Quran lek je. Ayat kursi sekali je, da menyamai tenaga bunyi gempa bumi. Tekak pecah ganti baru pun tak dapat nye jack.
Senang je nak tau mana huruf panas mana huruf sejuk. Kalo korang belajar tajwid, mesti korang pernah dengar pasal Alif Lam Syamsiah ngan Alif Lam Qamaraiah. Haa, alif lam syamsiah adalah huruf panas, alif lam qamariah huruf sejuk.


ADuii, penat la nak taip ni.. Rasanya panjang entri kali ni. So, jumpa lagi...

0 winks2x.......:

MY FAVOURITE

  • jalan2 bersama org y trsayang... =)
  • picnic ngn y trsayang......bestnye.....
  • merakam detik2 manis bersama org tersayang... =]
  • time xduk umah, suke gayut ngn si kenit ngn budak udoh
  • do something creative....suke sgt!!
  • kdg2 baca novel....
  • online....facebooking..... blogging..... cari cite2 baru untuk dimuatkan lam blog dan note fb.......... ;-)

Nikmatnya hidup ini....

Nikmatnya hidup ini....
Ku mengimpikan sebuah keluarga bahagia

sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah