SAHABAT SEPERJUANGAN

Saturday, January 8

Suamiku

Namaku Soleha bt Irshad. Ibuku yang menamakanku Soleha. Katanya dia ingin aku menjadi seorang wanita yang solehah. Mataku buta sejak lahir. Aku dibesarkan oleh ibuku dengan penuh kasih sayang.  Aku seorang anak yatim. Ayahku meninggal dunia ketika aku masih dalam kandungan ibuku. Waktu itu kandungan ibuku berusia baru empat bulan.

Walaupun aku seorang yang buta, namun hakikatnya aku seorang yang celik. Aku melihat menggunakan mata hati. Kata ibuku, kita tidak akan pernah tertipu jika melihat menggunakan mata hati. Aku seorang yang bijak. Semua urusan seharianku aku uruskan sendiri tanpa bantuan seiapa. Aku sudah diajar supaya berdikari. Jangan jadikan kecacatan itu sebagai alasan untuk mendapatkan simpati orang lain. Aku juga boleh memasak pelbagai jenis makanan. Masakanku setanding dengan masakan orang celik.

Aku telah berkahwin. Suamiku seorang yang sangat kacak dan kaya. Kami berkahwin atas dasar suka sama suka. Aku dikurniakan seorang anak perempuan berumur 3 tahun yang sangat comel.



Sepanjang perkahwinan kami aku sering mendengar cemuhan dan tohmahan dari masyarakat sekelilingku. Entah apa yang tak kena pada mata mereka. Aku sendiri pening memikirkannya. Apa yang ereka kata semuanya tentang suamiku. Kata mereka suamiku adalah makhluk asing yang entah dari mana asalnya. 

Pada mulanya aku berasa amat sedih. Lama-kelamaan aku dapat menerima semua ini. Memang benar suamiku seorang yang tak kacak. Kata jiranku wajahnya hitam, badannya gemuk dan berambut kerinting. Gambaran fizikalnya yang  tak ubah seperti karakter pawang orang asli dalam novel kegemaranku yang dulunya aku selalu meminta ibuku membacakannya untukku walaupun aku takut untuk mendengarnya tidak sedikit pun mempengaruhi perasaanku padanya. Malah aku amat menyayanginya kerana sifatnya yang sedemikianlah yang menjadikannya seorang suami yang bertanggungjawab. Sikapnya yang penyayang dan jujur membuatkan aku terpana. Bagiku suamiku adalah orang yang paling hensem. Mata hati aku mengiakannya.

Ibuku ada memberitahuku bahawa suamiku datang dari keluarga yang serba kekurangan. Mereka menyara hidup dengan hanya berkebun dan menternak ayam itik. Hidup mereka ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Jadi ibuku menasihatkanku supaya tidak meminta sesuatu yang membebankan suamiku. Tetapi Alhamdulillah. Kehidupan kami tidaklah semiskin yang dinyatakan ibuku. Kehidupan kami dangat mewah kebahagiaan. Ternyata suamiku amat kaya. Harta kekayaannya yang terdiri dari adab sopan dan kejujuran yang dimilikinya menjadikan hidup kami amat bahagia.

Mertuaku pernah bercerita bahawa suamiku seorang yang amat pendiam. Kata mereka suaranya tidak semerdu orang lain. Suamiku sering diejek akibat suaranya yang sengau. Oleh sebab itulah suamiku menjadi seorang yang tidak suka bercakap dan lebih suka menyendiri. Tetapi apa yang aku lihat dengan mata hatiku, suamiku seorang yang amat petah berbicara. Suaranya amat merdu terutamanya ketika dia melaungkan azan dan memberi tazkirah setiap kali selepas kami berjemaah. Suamiku tidak pendiam seperti dulu. Mertuaku juga perasan. Suamiku sudah berani menyuarakan isi hatinya. Dia sedar bahawa suaranya yang sengau itulah yang berjaya menambat hatiku dan menyebabkan aku amat mencintainya.

Benar kata ibuku; kita tidak akan pernah tertipu jika melihat menggunakan mata hati. Dan aku amat bersyukur kerana dilahirkan buta. Aku dapat menggunakan mata hati aku sepenuhnya.



p/s: jangan menilai seseorang dari luarannya.... nilailah dia dari dalaman.... kita pasti akan menemukan kejujuran dan keikhlasan....

0 winks2x.......:

MY FAVOURITE

  • jalan2 bersama org y trsayang... =)
  • picnic ngn y trsayang......bestnye.....
  • merakam detik2 manis bersama org tersayang... =]
  • time xduk umah, suke gayut ngn si kenit ngn budak udoh
  • do something creative....suke sgt!!
  • kdg2 baca novel....
  • online....facebooking..... blogging..... cari cite2 baru untuk dimuatkan lam blog dan note fb.......... ;-)

Nikmatnya hidup ini....

Nikmatnya hidup ini....
Ku mengimpikan sebuah keluarga bahagia

sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah