SAHABAT SEPERJUANGAN

Thursday, March 24

DIAKAH BANTAL BUSUKKU?


“Suri… jom kita kahwin!”
Debushhh…
Suri yang sedang meneguk air itu, tiba-tiba tersembur! Habis basah muka Iqbal… tak sempat dia hendak mengelak! Ingatkan ajakan dia tu membuatkan Suri excited, rupanya terlebih excited sampaikan banjir!
“Kau ni gila ke apa ke beb??”
Suri mengesat mulutnya. Dia langsung mengelap muka Iqbal. Ucapan maaf? Tak adalahhh… tak pasal nak minta maaf!
“Apahal saya gila pula! Kita kawan dah lama, kita ni lagi 2 tahun nak masuk 30 tahun tau… Jadi kita kahwin lah! Apa masalahnya? Awak nak ke beranak umur lebih 30 tahun… banyak komplikasi tau!” ujar Iqbal beria-ia…
“Lagipun saya tak mahu kehilangan awak… biarlah kita hidup lama berdua!” ujarnya perlahan.
Suri tercengang! Dia menggaru kepalanya yang tak gatal. Senget benget tudung shawl itu dikepalanya. Tidak pernah dia mengharapkan perkataan ‘kahwin’ itu terkeluar dari mulut Iqbal! Tak expected langsung!! Serius kerja gila… cinta gila.. orang pun jadi gila!!
“Huishhh… tak boleh.. serius tak boleh!” Suri mengelengkan kepalanya. Tak mahu.. dan tak mahu! Rahsia tidak boleh terbongkar. Berkurun dia menyimpan rahsia ini, hanya ahli keluarganya yang tahu.. kalau terbongkar, malu.. malu! Tapi sampai bila?? Takkan tak kahwin! Gilaaa…
“Apasal tak boleh pula??”
“Takdak feel!!”
“Takdak feel??”
“Kau dengan aku… takdak feelings warna pink-pink!!”
Iqbal terdiam.
“Dia bukannya takdak feel abang Iqbal!!” Tiba-tiba Sufi menyampuk! “Dia ada rahsia…”
‘Erkk…’ Suri mengerut dahinya.
“Rahsia apa??”
Suri mahu menarik tangan adiknya… tetapi… Sufi sudah menjauhkan diri!
“Sebab dia ada bantal busuk!!!” Sufi tergelak-gelak.
Suri mencebik!! ‘Haram jadahhhh…. habis rahsia terbongkar! Puas aku menyimpan rahsia ini dari pengetahuan Iqbal, akhirnya… jahatnya Sufi!!’
Iqbal tersenyum-senyum… dia tidak mampu untuk gelakkan Suri. Nanti mesti dimarahi Suri, langsung tak jadi apa!
“Tak apa, lepas ni, saya jadi bantal busuk awak ya!”
“Hishhh… tak ada maknanya!!”
“Pulak dah…”
Suri buat tak tahu.. Iqbal ditinggalkan terkulat-kulat!
******
Suri termenung di ruang tamu. Televisyen dihadapannya dibiarkan menyala dan dia tidak langsung mengambil perhatian terhadap siaran yang sedang disiarkan. Walhal itu cerita Hawai 5-O tu!! Alex yang handsome itu tidak dihiraukan. Otaknya masih ligat dengan ayat-ayat hilang akal si Iqbal.
Semua orang mempunyai tabiat yang sangat buruk. Biasalah! Manusia bukan perfect pun. Nasib baik Suri tidak mewarisi tabiat buruk abahnya yang suka kentut dalam tidur. Ataupun tabiat ibunya yang suka berjalan dalam tidur. Setakat tidur mesti ada bantal busuk itu, sudah biasa. Tapi kenapa dia sangat malu!
“Apa susah Kak Suri… kita test semalam tengok sama ada Kak Suri boleh tidur tanpa bantal tu ke tidak!” ujar Sufi memujuk Suri.
Suri mencebik. Dibiarkan kakinya digeselkan dengan Catty, kucing kesayangnnya. Kucing berbulu ala kek marble itu dibela sejak lahir lagi. Mukanya garang tetapi manja dengan Suri.
“Bukan tak mahu try.. tapi dulu ibu dah cuba sorokkan bantal tu. Tapi akak tak boleh nak tidur! Semalaman mata ni bersengkang tau dakk… Hishh.. macam mana nak kahwin kalau tabiat buruk mengentel hujung bantal busuk ni tak boleh nak hilang!” Suri menepuk dahinya.
Sufi tergelak.
“Tapi… betul ke akak nak terima abang Iqbal? Sufi setuju saja!! Best…”
“Errkkk… itu satu lagi hal!” Suri mengeluh. Dia termenung!
Suri dan Iqbal, sudahpun berkawan dari dalam perut ibu masing-masing. Ibu Iqbal merupakan kawan baik ibu Suri. Walaupun mereka berkawan baik, tiada sebarang perjanjian untuk mengahwinkan anak-anak mereka melainkan mereka memang ada perasaan antara masing-masing. Tiada paksaan! Lagipun, Iqbal merupakan anak tunggal. Jadi memanglah rapat dengan Suri dan Sufi! Ke mana-mana pun bersama sampailah sekarang. Oleh kerana beza Sufi dekat 10 tahun, Iqbal lebih rapat dengan Suri.
Suri agak terperanjat apabila Iqbal berkata begitu. ‘Gila apa mamat tu! Suka hati mak bapak dia je bercakap…’ Suri mengeluh lagi.
“Tanya sama hati, apa sebab cinta? Nanti jawab hati, tanyalah Suri!!” Sufi tergelak.
Suri mencebik.
“Tanya sama Suri, Suri jawab… pergi mati!” nyanyi Suri selamba!
Sufi ketawa berdekah lagi… Suri pening.
Mereka tidak sedar, Iqbal di belakang mendengar. Iqbal tidak jadi melangkah… dia terus berlalu. Niat di hati hendak memujuk kekasih hati supaya menerima lamarannya semalam, tak jadi! Ada rasa kecewa… bukan sikit, tapi banyak! Alasan bantal busuk itu tidak langsung masuk akal!
“Ehh… Iqbal! Kata nak jumpa Suri?”
“Tak jadi auntie… balik dulu! Nanti Iqbal mari lagi.”
Suchi mengelengkan kepalanya… gelagat anak bujang kawan baiknya itu menarik perhatiannya. ‘Macam ada masalah nampaknya! Tak apa… nanti aku tanya sama Haflida.’ Bisik hati Suchi.
******
Berhari-hari Iqbal tidak menjenguk Suri, tidak seperti selalu. Suri pun buat tak ada apa-apa, walhal dalam hati dia tertanya-tanya ke mana perginya Iqbal. Nak kata sibuk, dulu pun sibuk juga tapi selalu melepak dengannya.
“Ibu tak jumpa auntie Ida ke petang ni? Selalu kan ibu jumpa auntie Ida petang ni, gossip girls!!” tanya Suri.
“Ibu nak pergilah ni. Mungkin lambat sikit balik sebab ibu nak pergi Tesco, beli barang dapur.” Jawab Suchi.
“Good!!” ‘Hemm… nak tanya ke tak nak ke??’ tanya hati Suri. Dia takut ibunya fikir yang bukan-bukan pula.
“Kenapa Suri? Nak tanya Iqbal pi mana dan sebab apa tak datang ke? Lama juga ibu tengok dia tak datang sejak last week. Datang kejap tapi patah balik…”
“Erkkk… bila?”
“Hari tu.. petang masa Suri tengah tengok TV dengan Sufi.”
Suri menepuk dahinya! Terjawab sudah kenapa Iqbal tidak datang ke rumahnya lagi. Mesti gara-gara dia terdengar Suri bercakap dengan Sufi tentang lamarannya itu. ‘Entah-entahhh dia dengar aku nyanyi takkk? Entah-entah dia dengar aku cakap pergi mati kot! Adehh..’
“Kenapa?” tanya Suchi.
“Lelaki merajuk, susah nak pujuk!”
Suchi tergelak mendengar anaknya bercakap. “Jadi jangan bagi merajuk!”
“Ibu ni…”
“Betul lah ibu kata. Jangan bagi merajuk! Kalau merajuk, susah nak pujuk. Patutlah muka Iqbal masam je, rupanya Suri buat dia merajuk. Selalu Suri yang suka merajuk, sekarang bagi peluang dia merajuk pula! Baru tahu apa dia rasa…”
“Aiiikkk… sekarang ni siapa anak ibu? Suri ke Iqbal??” tanya Suri, dia mencebik.
‘Mengada betul! Ibu sebelahkan Iqbal pula, ini tak boleh jadi…’ marah Suri dalam hati.
“Tak lama lagi, jadi anak ibu juga kan.”
“Erkkk… tak ada maknanya!!”
“Sudahlah…nanti auntie Ida tertunggu pula. Nak ikut ke?”
“Tak mahulah! Have fun!”
Suchi tersenyum. “Aikk… tak mahu pula. Pujuklah sekali sekala…”
Suri mencebik. “Tak pasal lahhh…”
Suchi mengelengkan kepalanya. ‘Degil anak ini…’
******
Iqbal baru pulang dari hospital. Hari ini kes tak banyak pun tetapi sengaja dia pulang lambat. Bukan apa pun, berbual-bual dengan jururawat di situ, takpun melayan makcik cleaner yang sangat peramah! Mulanya hendak mencari Sufi, yang juga merupakan jururawat di situ, tapi Sufi belum syifnya lagi. Dia malas hendak berlama-lama di rumah, lebih-lebih lagi berlama-lama dalam biliknya sendiri! Mana tak nya… biliknya itu penuh dengan barangan pemberian Suri. Atas meja saja juga penuh dengan gambar-gambar Suri dari kecil sampailah besar.
Tak pernah Iqbal tahu, Suri ada tabiat suka mengentel bantal peluk sebelum tidur. Tak pernah Iqbal duga pula, gara-gara itu Suri tidak mahu berkahwin dengannya. Iqbal terima Suri seadanya! Biasalah orang punya tabiat! Itu bukannya sesuatu yang memalukan.
“Ehhh auntie Suchi, bila sampai?” tegur Iqbal setelah masuk ke dalam rumah.
Suchi tersenyum dan menyambut salam Iqbal. “Baru kejap! Ohh ya.. kenapa lama tak datang rumah?”
“Kerja banyak sikit auntie. Kenapa? Ada orang tanyakan Iqbal ke?” ujar Iqbal ingin tahu! Kepingin hatinya mahu tahu, kot-kot Suri ada bertanyakan pasal dia.
Suchi tergelak. “Aku tak fahamlah apa yang berlaku dengan anak-anak kita ni Ida!”
Haflida pun ketawa. “Pasal apa tu?” Dia memandang Suchi kemudian melihat anak kesayangannya yang berhari-hari berwajah sugul. Pelik juga dia rasa, tapi tak adalah dia hendak masuk campur.
“Yelahhh… masing-masing tanyakan masing-masing! Iqbal gaduh dengan Suri ke?” tanya Suchi.
“Tak ada… kenapa dia kata Iqbal gaduh dengan dia ke?”
“Kata Iqbal merajuk!” jawab Suchi.
“Merajuk?? Itu je?”
“Betul kah merajuk?” tanya Haflida.
“Mana tak merajuk mom… kalau orang proposed kena tolak! Biar.. lantak lah dia. Iqbal nak merajuk lama, tengok ada yang pujuk tak!”
“Hahhh??? Proposed??” Terkejut Haflida dan Suchi. Masing-masing mengucap serentak.
“Dia tolak?? Berani dia tolak!!” marah Suchi.
“Kamu ni proposed macam mana Iqbal??” tanya Haflida.
“Orang ajak dia kahwin lah. Orang kata… Suri, jom kita kahwin! Dia tolak sebab dia ada bantal busuk! Dia malu…”
“Errkkk…” Suchi menepuk dahi! “Balik karang, aku bakar bantal tu!!” ujar Suchi.
Haflida mengelengkan kepalanya. “Sabar Chi… salah Iqbal juga! Where are your sense of romantic, Iqbal? It’s already in your genes!! Use it!” marah Haflida.
“Apa orang buat salah pulak?” Iqbal mengerut dahi. Dia sudah dikelilingi oleh Haflida dan Suchi! Dia jadi pening dengan pertanyaan yang bertubi-tubi.
“Ada ke patut ajak orang kahwin macam ajak pergi makan!! Dulu baba proposed dekat mom, siap dengan bunga, romantic candle light dinner lagi tau plus cincin berlian!!” marah Haflida!
“Kita tak boleh pergi Tesco hari ini Ida!” ujar Suchi.
“Aku pun rasalah… Dah jom.. siap! Hishh.. tak perlu siaplah! Okay dah ni…” Haflida menarik tangan anaknya.
“Aikk… nak pergi mana ni?”
“Habib Jewel laaaa….” jerit Suchi dan Haflida serentak!
“Erkk…”
******
Terkejut Suri apabila dia menerima jambangan bunga ros merah yang dihantar dari florist. Malu dia kerana satu pejabat sudah tahu dan mereka pandang-pandang, tersengih-sengih! Merah muka Suri kerana usikan mereka. Suri membaca kad yang terselit di dalam bunga itu, perlahan-lahan.
Dinner malam nanti! –Iqbal-
“Kau dengan Iqbal tu memang ada apa-apa ke?” tanya Sally.
Suri mengelengkan kepalanya kemudian mengangguk… kemudian mengeleng!
“Mende kau ni?”
“Tak tahulah! Macam mana nak beza antara kawan dan kekasih? Cuba kau bezakan! Dulu kau kawan, baik punya kawan… sekarang kau nak upgrade status kawan baik kepada kekasih.. macam kau upgrade pc kau dari megabait kepada gigabait!”
“Erkk… aku tahu lah kau programmer tapi dalam percintaan dan perasaan… mana boleh kau kaitkan dengan komputer!”
“Uikss.. komputer pun ada perasaan apa. Cuba kalau sakit, kena pakai antivirus!”
“Ye memang betul.. tapi kalau hati kau sakit, nak pakai antivirus apa ngok ngek kepala kemek hahh??? Pakai karpensky ka? Panggil Jackie Chan mai promote kat hang! Apaaa raaa… akai ada ka??”
Suri terdiam.
‘Betuii juga kata Sally!’
“Habis.. kau dengan Del dulu macam mana? Dulu classmate, sekarang roomate??”
Sally ketawa.
‘Ketawa pula dia ni. Orang tanya betul-betul!’ Suri mencebik.
“Aku dengan Del, masih macam kawan juga. Tak ada yang berbeza. Cuma sekarang bukan kawan macam dulu lah! Over dari kawan. Kawan yang boleh tidur sekatil!” Sally gelak kuat.
Badrul yang duduk di workstation bersebelahan dengan Sally menjeling. “Korang ni cerita pasal apa?”
“Ehh sibuk!” Sally menjeling!
“Aku tak tanya kaulah mak buyong, aku tanya awek aku ni…”
“Wehh.. dia bukan awek kau tau! Dia awek orang lain, perasan…”
“Mula-mula perasan, lama-lama perasaan lah!” jawab Bard.
Dia tu memang suka berlawan arus dengan Sally. Kalau Bard hendak mengurat Suri saja, mulalah mak buyung yang mengusung perut 7 bulan itu menjerit! Dan Suri… hanya tergelak. Dia tidak mampu berkata apa! Bard baik padanya, begitu juga Sally! Nak sebelah mana satu… dia tak tahu!
Cuma dalam hati Suri sekarang… ‘Hem.. nak pakai baju apa ek??’ Bisik hati Suri.
******
Malam itu seperti dijanjikan, Suri sudah siap-siap menunggu Iqbal. Terperanjat Suri apabila Iqbal keluar dengan baju T-shirt dan jeans, gila sempoi! Suri siap bergaun labuh macam nak pergi dinner dekat hotel! Iqbal terpegun!
“Cantiknya!” ujar Iqbal.
“Ini semua ibu punya pasal!” Suri mengamuk.
“Kenapa Iqbal pakai baju macam ni?” marah Suchi.
“Erkk… Suri tak suka makan dekat hotel, jadi ingat makan kat mamak je lah!”
Suchi menggaru kepalanya! Suri sudah masuk bilik! Berdentum bunyi pintu biliknya. Sahlah… selepas ini puas nak pujuk suruh keluar.
“Takkan nak melamar dekat kedai mamak Iqbal! Apa bendulnya kamu ni??” Marah Suchi.
Sufi sudah tergelak-gelak. Bakal abang iparnya ni lurus gila orangnya! Kalau kenal sangat orang yang dicintai tu, susah juga ya! Sufi sudah mengelengkan kepalanya. Kalau abahnya ada, sudah tentu gelak berguling! Nasib baik abah pergi outstation!
“Habis macam mana?” tanya Iqbal.
“Pujuk Suri keluar.” Suruh Suchi.
Iqbal terus ke bilik Suri. Dia mengetuk pintu, Suri tidak menyahut.
“Suri, pakai saja baju tadi.. tak apa! Suri nampak cantik pakai baju tadi! Terpegun saya sekejap.”
Suri diam.
“Janganlah merajuk. Saya nak ajak awak makan ni!”
Suri diam lagi.
“Surii… nanti saya nangis kang!! Awak juga tak larat nak pujuk!”
“Hahh.. nangislah!!” jerit Suri.
“Ingatkan bisu tadi. Ada pula suara… Jomlah sayang. Orang datang penat-penat, Suri buat perangai pula!” ujar Iqbal.
“Orang lain kali, nak ajak dinner, bagi tahu dress code! Tak adalah bersusah payah pakai gaun macam ni dengan kasut tinggi ibu, tahu!!”
Iqbal tergelak. “Sorrylah sayang! Selalu saya ajak dinner awak pakai jeans je.. tak pernah pula pakai cun-cun!”
“Mengadalah!!” Suri sudah membuka pintu.
Iqbal tersenyum.
“Aikk… kenapa tukar baju?”
“Kau nak orang gelakkan aku dekat mamak ke? Sengajakan!”
Iqbal tergelak. “Jom!”
******
“Tolong kahwin dengan saya!”
Iqbal meletakkan bekas cincin itu dihadapan Suri. Suri tergamam.
“Mungkin Suri tak rasa apa yang saya rasa tapi Suri adalah segala-galanya buat saya! Suri lah mimpi indah saya, Suri lah jiwa saya, Suri juga nyawa saya, saya tak boleh kehilangan Suri, dulu tak boleh, sekarang pun tak boleh!”
Suri terdiam. Nyatanya hatinya sangat tersentuh dengan kata-kata Iqbal.
“Suri… saya cintakan Suri seumur hidup saya! Tolonglah kahwin dengan saya, jadi isteri saya, jadi suri di dalam hati saya!”
“Tapiii…”
“Tapi apa Suri?” Iqbal sudah mengerut dahinya. Takut betul lamaran kali kedua ni, ditolak Suri!
“Bagi saya masa!”
“Berapa lama?”
“Selama mana yang awak sanggup tunggu saya!”
“Sampai hujung nyawa… abang tunggu Suri!”
Suri terdiam. Dia menolak kotak itu kepada Iqbal. “Saya akan minta bila saya bersedia!”
Iqbal terdiam dan mengangguk perlahan. Dalam hati berdoa agar dalam doa Suri nanti, muncul nama dia!
******
“Macam mana???” Tanya Haflida sebaik sahaja Iqbal melangkah masuk.
“Orang dah buat semua apa yang mom suruh! Tapi.. Suri nak lebih masa.” Iqbal mengeluh.
“Tak apa… lepas ni Iqbal jangan ajak dia keluar, jangan jumpa dia.. langsung!!”
“Hahh??!! Sehari tak jumpa pun seksa tau!” ujar Iqbal.
“Mom tahulahhh…”
Haflida memeluk anaknya. “Dia nak lebih masa itu dah cukup baik, daripada dia tolak kan…” pujuk Haflida.
******
“Apa Suri cakap?? Nak lebih masa??!!” marah Suchi.
Suri mengangguk-angguk.
“Sampai bila??”
“Sampai Suri bersedialah!”
“Tengoklahhh… ibu bakar bantal busuk Suri tu!”
“Ini soal hati dan perasaan… bukan pasal bantal busuk lah!” marah Suri.
Suchi mengelengkan kepalanya.
“Lantak Surilah… Ibu tak tahu nak cakap apa lagi!”
Suri terdiam. ‘Salahkah aku kalau aku minta lebih masa?’
******
Sekarang ni, sengaja Suri mengajak Bard keluar dengannya. Dia membuat semua aktiviti yang dulu dibuat bersama Iqbal, sekarang bersama Bard. Hendak diajak Iqbal, Iqbal masih berdiam dengan dia. Phone pun tak angkat apatah lagi hendak berjumpa. Ini semua sebab dinner dua minggu lepas. Langsung Iqbal menjadi seorang yang sukar untuk dijumpa! Dulu pun doktor juga, senang je kalau hendak diajak berjumpa. Sekarang masih lagi doktor… nak ajak jumpa, sering mengelak. Suri terus mengecop dia merajuklah!
“Ehh.. kita tengok cerita sci-fi lah!”
“Erkk.. tapi saya tak suka. Jom kita tengok komedi romantik??”
“Alaaa… cerita melodramatik ni, saya tidur nanti!”
“Ikut awaklah…”
Kalau dulu bersama Iqbal, cerita wayang, mesti cerita komedi romantik! Iqbal suka juga cerita genre macam ni. Suri tak suka cerita genre science fiction… samalah dengan Iqbal.
“Jom karaoke??” tanya Suri.
“Bolehhh…” jawab Bard.
Di dalam bilik karaoke, Bard memilih semua lagu Spring!! Suri naik pening… Suri tak minat lagu seperti itu. Dia lebih gemar lagu rancak dan lagu Anuar Zain, semestinya! Samalah dengan Iqbal. Dulu dia rajin menemani Iqbal, berkaraoke sebab nak release tension. Kalau nak release tension, kena lagu yang tenang! Itulah kata Iqbal, buat apa lagu rock sedih-sedih, nanti lagi jadi sedih. Dia serta merta teringat dengan Iqbal! Hishh… Iqbal lagi.
“Shopping nak? Nak beli bajulah!” ujar Bard.
“Hemm… malaslah. Nak balik, dah lewat!”
Ternyata sehari bersama Bard… bukannya sama bersama Iqbal!!!
‘Rindu Iqbal!!’ bisik hati Suri.
******
Suri bersiap-siap dari pejabat. Hajat hati hendak keluar makan tengah hari dengan Iqbal. Saja nak buat kejutan kepada Iqbal, lama sudah dia tidak keluar bersama Iqbal.
‘Merajuk lagi kah dia?? Susah betul orang merajuk ni nak pujuk!’ Suri hanya tersengih! Sebab dia juga, buat Iqbal merajuk tak sudah.
Sampai di hospital, Suri terus meluru ke bilik Iqbal. Hampir terkeluar biji mata Suri apabila melihat seorang jururawat memeluk leher Iqbal. Berlari terus Suri keluar dari hospital itu. Tiba-tiba dia rasa sebak, pecah air matanya! Nasib baik Iqbal tak perasan, kalau tak, malu Suri, dia malu kalau Iqbal melihat dia menangis kerananya. Hishhh…
“Sayang, abang nampak Kak Suri tadi. Lari macam ribut!” ujar Dr. Azraie.
“Ye ke? Uikks… dia buat apa dekat sini? Jumpa abang Iqbal kot?”
Dr. Azraie menjungkit bahunya.
“Mungkin! Ehh.. ada patient jap. Jumpa nanti lunch ek.”
“Hemm…” Sufi mengangguk dan tersenyum.
Tiba-tiba Azura datang, dia nampak geram. Merengus!
“Ehh… macam mana kau boleh tackle Dr. Azraie tu Sufi?? Aku nak tackle Dr. Iqbal tu sikit punya susah!” ujar Azura. Dia menghempaskan fail di atas mejanya.
Sufi mengerut dahi.
“Kak Zura nak mengurat Dr. Iqbal?”
“Dia tak pandang aku sebelah mata pun! Tak tergoda pun!”
Sufi ketawa.
“Dr. Iqbal tu dia pandang seorang saja! Dia takkan pandang orang lain. Akak carilah doktor lain. Doktor Ian ke? Dia lagi handsome…”
“Betul!! Aku pasang misi lain pula…”
Sufi tersenyum. Dia mengelengkan kepalanya.
‘Patutlah Kak Suri lari… mesti dia nampak Zura tengah test abang Iqbal! Hahah… cemburu juga ya!’ bisik hati Sufi, Sufi tersenyum lagi. Kalau dah jodoh tu tak ke mana… tak boleh hendak nafikan kasih sayang yang sudah terbit sekian lama!!
******
Suri masih berdegil. Dia tidak mahu juga menerima cinta si Iqbal. Ego tinggi melangit itu masih tidak lagi runtuh. Buatlah macam mana pun, masih Suri mahu menidakkan kebenaran yang sebenarnya dia sangat merindui Iqbal!
“Kak ooo kak… terima sajalah pinang abang Iqbal tu kak! Dia baik, dia cute.. dia bijak, dia bertanggungjawab apa! Jarang sekarang dapat lelaki yang banyak kriteria yang baik tau.”
Suri buat tak tahu. Dia sibuk bermain dengan Catty! Kejap-kejap Catty melompak terkejut kerana disergah, buat Suri tergelak dengan gelagat kucingnya.
“Orang bercinta dengan Aie pun tak macam ni punya teruk tau! Macam ni lambatlah Aie nak masuk meminang Sufi!”
“Kenapa pulak? Nak minang, minang laahhh..”
“Pulakk!!”
“Betul lah..”
“Akak.. ngaku sajalah akak tu ada feelings pink-pink dengan abang Iqbal kak oiii..”
“Hishhh… tak pasal.”
“Kalau tak kenapa akak tak keluar dengan abang Bard lagi? Hari tu keluar cam sekejap je?”
“Tak minat!”
“Kenapa akak tak keluar jalan-jalan?”
“Tak suka!”
“Kenapa akak dah tak pi melalak kat karaoke?”
“Sibuk…”
“Kenapa selalu balik lewat dari kerja?”
“Banyak kerja…”
“Alasan! Nampak sangat akak rindu nak buat tu semua tapi geng tak ada kan. Abang Iqbal pun selalu balik lewat, dah tak pi shopping lepastu dah tak pi karaoke.”
“Baguslah! Banyak masa dengan kekasih hati dia yang baru tu!”
“Siapa? Kak Azura tu?”
“Yelahh kot…!”
“Dia tu yang terhegeh-hegeh dekat abang Iqbal je tapi abang Iqbal sikit pun tak layan…”
“Iya ke?”
“Iya… Kak Zura yang cakap dengan Sufi! Sufi tahu akak pergi hospital tadi kan… nampak Zura dengan abang Iqbal ekk… Ngaku sajalah!”
Gluppp!! Suri terdiam.
******
Suri tidak betah duduk. Dia sudah buat keputusan selepas dia kena ‘tiuuu..’ dengan Sufi semalam. Tak lena dibuatnya! Akhirnya setelah ditimbang tara, siap buat list lagi… kebaikan dan keburukan Iqbal, yang nyatanya semua baik tentang Iqbal.. dia buat satu keputusan penting dalam hidupnya! Yang dia cinta, yang dia rindu dan yang dia sayang sebenarnya sudah lama berada di hadapan mata. Dia yang sengaja mengelak perasaan itu terjadi. Sekarang sudah sesak nafas! Nak cari oksigen, oksigen dah bawa diri!
“Sekarang macam mana nak buat?”
“Pujuk lah!”
“Macam mana?”
“Takkan itu Sufi nak bagitau akak! Gilalahh… Sufi ni bercinta pun tak pernah merajuk lama tau.”
“Tolonglah!!”
Suri merayu kepada adiknya itu.
“Nak tolong apa?”
“Bagitahu Iqbal, akak nak jumpa dia!”
“Erkkk… abang Iqbal tu tak nak jumpa akak tau! Dia dah merajuk gila-gila tau.”
“Hemmm…” Suri mengeluh. Memang pun, Iqbal tak mahu berjumpa dengannya lagi. Call pun dah tak angkat, kalau Suri sengaja datang ke rumah Iqbal, Iqbal tak keluar bilik pun! Kalau ketuk pintu pun dia tidak menjawab apatah lagi hendak membukanya! Serius, Iqbal sangat kuat merajuk.
“Hahhh!! Sufi ada idea…”
“Apa dia??”
“Terpaksa pakai khidmat Doktor Azraie lah…”
“Uikks.. projek besar ni!”
“Ahah…”
“Love it!” Suri tersenyum.
******
Berlari Iqbal ke hospital setelah mendapat panggilan cemas dari Sufi. Dia bukan doktor on-call hari itu, jadi cepat dia balik ke rumah. Sufi kata Suri terlibat dalam kemalangan! Jantung dia sangat berdegup kencang. Sampai terjatuh-jatuh dia kerana kasutnya sudah botak dan selamba melalui jalan yang licin. Agak lebam di dahi tetapi dia tidak peduli, yang pasti dia mahu cepat jumpa Suri! Kedegilannya merajuk berpanjangan dengan Suri, Iqbal terasa sangat menyesal.
‘Kalau Suri cedera parah dan koma?? Kalau Suri mati?? Macam mana nak minta maaf?’ bisik hatinya. Iqbal tidak sedar, ait matanya sudah jatuh.
“How’s Suri?” tanya Iqbal sebaik sahaja melihat Sufi.
Sufi mengelengkan kepalanya.
“Aie?? Macam mana?”
Doktor Azraie juga mengelengkan kepalanya. “Peluang untuk hidup… amat tipis!”
“Hahh?? Astagfirullahaladzim!! Ya Allahhhhhhhhhhh…” Iqbal sudah meraung.
“Peluang untuk dicintai juga semakin hilang…” bisik Sufi!
Iqbal menepuk dahi. “Abang menyesal betul lah! Aie… abang nak jumpa dia!”
“Silakan…”
Iqbal tak tunggu lama, dia terus masuk. Dia tergamam melihat muka Suri yang pucat dan bibirnya yang merah. Kepalanya berbalut dan ada sedikit darah. Suri memakai alat bantuan pernafasan. Serta merta Iqbal menangis.
“Maafkan abang! Abang degil… abang merajuk dengan Suri lama! Abang tak angkat call Suri.. abang tak mahu jumpa Suri! Tak sangka ini kali terakhir kita jumpa dalam keadaan Suri yang macam ni! Tak ada senyuman, tak ada gelak tawa, tak ada lagi… semuanya! Abang minta maaf. Abang tak sanggup kehilangan Suri! Kalau Suri bangun sekarang… abang ajak kahwin terus! Serius abang cakap ni. Kita kahwin.. Suri bangunlah!!”
Iqbal sudah berteriak. Dia sudah memegang tangan Suri, bertitis air matanya jatuh! Suri tiba-tiba jadi sayu! Kata-kata itu menyentuh kalbunya. Dia tiba-tiba mengalir air mata.
Iqbal mendengar sedu sedan itu jadi pelik!
“Suri??”
Suri cuba diam dan menahan air matanya keluar, dia tidak tahan!
“Suriiii??!!” jerit Iqbal lagi.
“Errkk.. tadaaaa…. tak mati lagilah!”
Iqbal terpana. Dicubit-cubitnya pipi Suri! “Suri!!!” Marah Iqbal.
Suri sedikit menjerit, mengaduh dan tergelak.
“Sampaiii hati!!” Marah Iqbal. Dia mengesat air matanya.
“Sorry! Tapi kalau tak buat macam ni, abang tak mahu jumpa Suri kan!”
Iqbal mencebik. Dia geram, dia sudah tertipu!
“Okay, jom kita kahwin. Suri dah bangun ni.”
Iqbal buat tak tahu.
“Jom… kali ini serius, tak main-main. Suri ajak abang kahwin ni.”
Iqbal buat tak reti lagi. Dia tidak pandang Suri pun. Tetapi dalam hati dia nak tergelak Suri memanggilnya abang. Serius tak boleh tahan!! Tapi dia tidak mahu gelak kerana kalau dia gelak, pasti Suri tidak akan memanggilnya begitu lagi.
‘Biarkan…’
“Suri minta maaf lah sebab hari tu abang ajak Suri tapi Suri bagi alasan. Serius sebenarnya cinta itu ada tapi Suri yang izinkan cinta itu hadir. Ye lah.. kita kan kawan baik! Kawan baik tu macam tak logiklah kalau nak bercinta.”
Iqbal mengerut dahi.
“Kenapa kawan baik tak boleh bercinta pula?”
“Macam tak ngam!”
“Habis sekarang ni ajak kahwin? Dah ngam ke?” perli Iqbal.
Suri menahan sabar. Iqbal dingin macam ni pun gara-gara dia juga. ‘Hishhh sabar je lah! Nak pujuk lelaki memanglah payah!’
“Banyak pula tanya, nak kahwin ke tak nak ni?”
“Abang tanya tak jawab lagi!!”
“Sebab… jadi suami pun boleh kawan juga maaa…”
“Oooo… suami tu kawan sajalah??”
“Kawan merangkap kekasih merangkap the only lover.. hah macam tu lah!”
“Sekarang ni benar-benar cinta ke??”
“Yep! Cinta gila…”
“Sekarang ni kalau jauh-jauh rindu ke?”
“Rindu setengah mati!!”
“Sekarang ni kalau abang dengan perempuan lain, cemburu ke?”
“Cemburu tahap cipan 18 keturunan!!”
Iqbal tergelak. Suri tersenyum.
“Masih belum cukup bukti yang Suri sayang abang!”
“Hah??!! Nak bukti macam mana lagi?”
Suri terdiam. ‘Hishh.. teruk sangat merajuk nya!’
“Suri tak cakap ‘I love you’ pun!”
‘Erkk… Alamak! Ayat keramat…’ bisik hati Suri.. dia menekup mulutnya!
“Cakaplah kalau betul sayang!”
“Nanti-nanti tak boleh ke?”
“Kenapa pula tak boleh?”
“Ayat itu untuk orang yang sudah bergelar suami. Sekarang belum lagi!”
“Betul ke??”
“Ye lahh.. nanti Suri cakaplah kalau abang nak kahwin dengan Suri!!”
“Macam tu pulak! Okay.. fine.. abang kahwin dengan Suri!”
“Yeahhh…. tapi ada syarat!”
“Uikkss.. dia ajak kita kahwin, dia ada syarat pula.”
“Adalahhh… nak tahu ke tak nak?”
“Okay… try me!”
Suri tersenyum. “Kahwin nanti ada dua benda wajib bawa!”
“Apa dia?” tanya Iqbal.
“Catty dan bantal busuk Suri!”
“Catty boleh bawa, tapi bantal tu tak boleh…”
“Aikkk kenapa pula??” Suri sudah mencengkak pinggangnya! Dia nak marah.
“Abang ada! Sekarang nak test pun boleh!! Mesti tidur lena.” Iqbal mendepakan tangannya. Suri menolak! ‘Hishhh…’
“Hishhh…. abang ni! Orang nak bawak jugakk…”
“Tak bolehhh…”
“Nak juga!!”
“Apa ni.. belum jadi suami dah suka melawan cakap suami…”
Gluppp!! “Alaaa…”
Iqbal tersenyum. Suri sudah muncung! Iqbal menarik Suri dekat dengan dia. Suri masih masam. Merajuk konon!!
“Boleh sayang, abang usik saja tadi!”
Melompat Suri… “Sekarang pun boleh kahwin!!”
Iqbal tergelak.
“I love you abang!” ujar Suri tiba-tiba…
“Aikk… boleh bawa bantal busuk dia… langsung boleh cakap I love you!”
Suri ketawa… “I love you sungguh ni!!”
“I love you too… sayang!” Iqbal tersenyum. “Lain kali jangan buat macam ni! Buat orang sakit jantung saja!!”
“Kalau tak buat, abang tak mahu jumpa Suri! Padanlah muka…”
“Elehhh… dia tu lagi teruk tidur dengan bantal busuk!”
“Aiiikkk… kata orang pulak!”
“Eiii.. tidur dengan bantal busukk…”
“Biarlahhh…”
“Eiiii… teruk!!”
“Abang!!!” jerit Suri.
Iqbal gelak sakan.
******
Seminggu… setelah berkahwin!
KKKKRRrrrrooohhhhhhhh…. KKKkkkrrrooooHHhhhhhh..
Suri terjaga! Dia melengu di tepi katil! ‘Serius tak boleh tidur! Macam gajah berdengkur!’ geram Suri! Dia melihat disebelah… Iqbal baik punya tidur!
‘Kata orang suka tidur gentel bantal busuk… dia tu mengerohhh macam gajah!!’ Suri terus mengambil telefon bimbitnya, dia rekod bunyi dengkuran Iqbal.
Suri ketawa perlahan kemudian ditekup telingannya dengan bantal busuk miliknya. Hajat hati hendak menekup muka Iqbal dengan bantal busuk itu! Tapi kalau Iqbal terjaga dan buang bantal busuk itu?
‘Hisshhh… bahaya!’ bisik Suri. Nasib baik ada bantal ini, tekup sajalah telinga! Esok Iqbal mesti terkena… Suri tersengih!
‘Kata orang paku serpih… kata orang, dia yang lebih!’
******
Pagi itu, sewaktu sarapan pagi!
“Abang… cuba call Suri kejap. Handphone Suri letak mana entah…”
“Sayang ni… kejap!”
Iqbal mengambil telefon bimbitnya dan mendail nombor telefon Suri. Tiba-tiba kedengaran ringtone berbunyi orang sedang berdengkur!
“Erkkk…” Iqbal terkejut.
Suri sudah tergelak! Suri menunjukkan telefon bimbitnya, dia sorok di belakang!
“Bunyi macam gajah kepenatan kan?”
“Suriiii!!!!” jerit Iqbal.
Suri ketawa.
“Buang ringtone tu!!”
“Apa pulakkk…”
“Suriii!!”
Itulahhh… lain kali jangan sibuk mengata orang yang orang tu ada tabiat buruk. Diri sendiri, cover ya!! Well… ayat keramat itu (i love you) hanya boleh diucapkan pada yang berhak menerimanya! Kalau tak konfiden yang dia bukan milik kita, bisukan je mulut tu! Kerana hati hanya berbicara apabila yakin dialah bantal busuk kita!! Tak akan pernah terpisah dan tak akan selamanya terpisah!

0 winks2x.......:

MY FAVOURITE

  • jalan2 bersama org y trsayang... =)
  • picnic ngn y trsayang......bestnye.....
  • merakam detik2 manis bersama org tersayang... =]
  • time xduk umah, suke gayut ngn si kenit ngn budak udoh
  • do something creative....suke sgt!!
  • kdg2 baca novel....
  • online....facebooking..... blogging..... cari cite2 baru untuk dimuatkan lam blog dan note fb.......... ;-)

Nikmatnya hidup ini....

Nikmatnya hidup ini....
Ku mengimpikan sebuah keluarga bahagia

sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah