SAHABAT SEPERJUANGAN

Sunday, March 20

Warkah Untuk Anakanda



Salam sayang teramat sayang. Semoga anakanda sentiasa didalam lindungan Ilahi. Warkah daripada anakanda tempoh hari telah bonda baca dan fahami. Ibarat dicubit peha kiri, peha kanan terasa denyutannya.
Nampaknya, anakanda telah benar-benar menempuhi kerenah dunia realiti, satu demi satu anakanda harungi. Sebenarnya ianya adalah untuk menambah kematangan anakanda.
Anakanda,
Rasa tersingkir, hilang kepopularan, kemalangan, kehilangan dan sebagainya, jika berlaku pada diri kita sememangnyalah amat pedih dan sakit rasanya. Hati bagai dihiris-hiris, tercalar-calar dan berdarah-darah, dicincang-cincang hingga hancur berderai, dibakar atas zink hingga tidak dapat dikenal DNAnya. Huh, begitulah azab.
Apatah lagi kalau ianya berlaku buat pertama kali, si pelakunya pula orang yang kita sayangi dan percayai. Kenapa aku? Kenapa bukan orang lain? Apa salah aku? Seolah-olah satu loceng besar jatuh ke atasnya dan kita terkurung di dalam, gelap, tidak mampu mencari jalan keluar.
Tiba-tiba kita rasa disingkirkan? Seolah-olah kita berdosa besar pada mereka? Apa yang telah kita lakukan hingga tergamak mereka berperilaku begitu? Tanyalah diri berkali-kali, apakah kelemahan kita, adakah kita pernah berperilaku seperti  perkara yang kita sendiri tidak suka? Kalau begitu perbaikilah kelemahan itu.Untuk mengetahui kelemahaan dan keburukan kita hanya boleh mendapati dari musuh kita, kawan baik tidak akan tega menceritakannya.
Jika keyakinan kita tinggi yang kita dipihak yang benar, letakkan penuh keyakinan bahawa itulah kesempatan yang diberi-Nya untuk mendekat diri kepada-Nya. Kita tidak pernah bersaorangan, kita ada Yang Maha Penolong yang Hakiki. Mintalah agar kita diberi gantian dengan yang lebih baik.
Ramai kawan, popular, dikenali ramai ke mana jua pergi, belum tentu mereka akan bersama menangis dengan kita. Apalah guna ramai kawan jika mereka hanya seperti buih, yang membawa kita lagha dan semakin cinta kepada dunia. Biar sedikit tapi bila bersamanya hati sentiasa hampir pada yang Esa.
Anakandaku,
Satu situasi yang sama, menimpa ke atas dua individu yang berlainan, akan diterima dengan respon yang berlainan.
Dua kali limalah dengan,
Dua orang yang berlainan mengalami satu situasi sadis yang sama, maka respon yang mereka tunjukkan juga adalah berbeza.
Contoh,
Mak Piah dan Mak Jah, telah tercedera akibat kereta mereka terlanggar tiang. Bagi Mak Piah, itulah pertama kali berlaku dalam hidupnya, baginya, dialah yang paling malang dalam dunia, sedangkan Mak Jah yang pernah mengalami kemalangan hingga mengakibatkan kecederaan parah pada salah seorang penumpangnya akan rasa bersyukur kerana masih terpelihara dari kejadian yang lebih teruk.
Syasa yang selalu dimanja oleh ibubapanya, dan semestinyalah, dia anak tunggal dan memang comel, cerdik dan tersangatlah petah. Aina pula sudahlah ramai adik beradik, tidak berapa comel dan kurang cerdiknya. Semasa dalam kelas Farah berkata kepada mereka berdua, "Tak nak kawan awak". Syasa terus mencuka dan mencebik-cebik lalu berjumpa Cikgu, "Cikgu Farah tak nak kawan kita". Aina pula, tak  kesah, dalam hatinya, "Alah tak kawan pun tak apa".
Pak Tohir dan Pak Separ, telah difitnah hingga beberapa penduduk kampung menjauhkan diri daripadanya. Inilah kejadian pertama yang Pak Tohir alami, beliau rasa mahu menjerit dan dunia seolah-olah mahu kiamat. Sedang Pak Separ pernah jatuh muflis dalam perniagaannya juga atas fitnah tetapi berkata "Alah, small matterlah". Pak Separ pernah  bangkit dan mendekatkan diri pada Allah, kerana hanya Allahlah teman yang Maha mengetahui kesah sebenar.
Peha yang buat kali pertamanya kena cubitan, aduh! Amatlah pedih dan berdenyut-denyut, tapi bila sudah berkali-kali deria rasanya sudah mengurang. Apalagi kalau telah parah dan luka-luka berdarah, cubitan sudah tidak berbekas padanya.
Makanya, jadilah manusia yang kebal dengan situasi-situasi sadis. Manusia yang banyak diuji dan sabar akan dihisab tanpa ditimbang. Tapi, hendaklah pula ianya beramal saleh dan bertaqwa, sebab orang kafir pun ramai yang bersabar.
Bonda bukanlah ahli psikologi atau motivator, mahupun guru kaunseling. Hanya seorang Ibu yang menulis mengikut kata hati dan kurniaan ilham yang dijelmakan-Nya setelah menghadapi sesuatu situasi.
Semoga warkah ini memberi sedikit kekuatan untuk anakanda meleraikan kemelut jiwa anakanda sehingga mengganggu tumpuan tugas anakanda.
Buat kal ini setakat ini sahajalah yang bonda mampu coretkan disini. Insya-Allah akan bonda susulkan lagi di masa dan situasi akan datang.
Wallahua'alam.
Salam rindu dari Bonda, kerana Allah.

0 winks2x.......:

MY FAVOURITE

  • jalan2 bersama org y trsayang... =)
  • picnic ngn y trsayang......bestnye.....
  • merakam detik2 manis bersama org tersayang... =]
  • time xduk umah, suke gayut ngn si kenit ngn budak udoh
  • do something creative....suke sgt!!
  • kdg2 baca novel....
  • online....facebooking..... blogging..... cari cite2 baru untuk dimuatkan lam blog dan note fb.......... ;-)

Nikmatnya hidup ini....

Nikmatnya hidup ini....
Ku mengimpikan sebuah keluarga bahagia

sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah