bila diingatkan balik tarikh ni...rasa macam xpercaya...
tarikh keramat bila kami diijabkabulkan...
dengan 2x lafaz (zawji nervous kot..hehehe),
aku sah menjadi seorang isteri kepada Muizuddin Abdul Hashim...
Perkenalan
kami kenal masa sekolah rendah lagi...
tapi masa tu masing2 sibuk dengan dunia sendiri...
kami mula rapat masa sama2 dapat tawaran sambung belajar di satu universiti yang sama...
ayahku jumpa dengan ayahnya di masjid dan berbincang untuk hantar kami ke u sama2...
tapi kami xbertegur sapa sampai la satu hari, aku demam teruk...
ibuku menyuruh dia tengok2kan aku...
sejak hari tu kami berkenalan dengan lebih rapat...
Semakin rapat
mula2 kami xrancang pun untuk serius dalam hubungan ni...
namun, hati semakin bartaut...
rasa macam sukar untuk berjauhan...
kami memilih untuk berkahwin tapi diusia yang sangat muda, kami tangguhkan...
lagipun, ibu bapa kami xbenarkan kami kahwin masa masih belajar...
Masalah
masa bercinta memang rasa macam dunia ni kami yang punya...
berdating xkira masa...
pantang jumpa masa free...
walaupun rasa sangat bahagia, tapi rasa ada satu kekosongan di hati ini...
kami ingin ikatan yang sah...
namun, kami xmampu...
lebih2 lagi keluarga telah mula menghalang hubungan kami berdua...
kami memilih jalan untuk berpisah, namun hati telah baetaut dan tersimpul kemas...
Jalan penyelesaian
kami nekad untuk berkahwin...
mula2 zawji minta ibunya untuk meminangku...
ibunya sutuju tapi kemudian xjadi...
aku semakin hilang arah...
ingin melarikan diri jauh darinya...
rasa marah dan terkilan...
zawji memujukku supaya sabar jika ingin bersamanya...
Permulaan
akhirnya, zawji berjaya memujuk ibuku supaya membenarkan kami berkahwin...
ayahku terpaksa menurut...
baginya jika aku bahagia dengan pilihanku, ayahku relakan...
kami memulakan langkah pertama menuju ke 'masjid'...
tanpa melengahkan masa,
kami pergi ke pejabat agama untuk bertanyakan tentang urusan perkahwinan...
di situ, kami bertemu seorang ustaz yang sangat baik...
beliau telah banyak membantu kami dalam menguruskan urusan perkahwinan kami...
yang sedihnya, semua urusan perkahwinan kami setelkan di negeri yang bukan negeri kelahiran kami...
jadi, agak susah untuk menyelesaikan segala urusan...
namun, ALHAMDULILLAH...
semuanya selesai...
Kelam kabut
pada mulanya kami memutuskan untuk kahwin koboi je (tanpa majlis)...
tapi aku ingin keluarga hadir sama, menyaksikan perkahwinan kami yang serba kekurangan...
namun, atas jasa baik keluarga angkatku,
satu majlis perkahwinan yang kami xpernah bayangkan diadakan...
disediakan segala kelengkapan termasuk bilik pengantin,
baju pengantin untukku
(untuk zawji kami beli 2pasang... 1pasang baju untukku aku jahit dengan bantuan ibuku),
give away untuk para tetamu dan makanan yang dimasak khas oleh mak angkatku...
segala persiapan di rumah keluarga angkatku telah selesai...
yang tinggal hanya ijab dan qabul kami...
keluarga pun dah sampai...
di saat genting, tiba2 kami dikejutkan dengan sesuatu yang xdijangka...
surat kebenaran berkahwin tidak dapat dikeluarkan pada hari tu...
kami boleh ambil surat tu keesokan harinya...
bagai nak luruh jantung kami...
ayahku hampir menangis...
keluarga angkatku xtentu arah...
zawji merajuk, balik ke hostel u...
tinggal aku sengsorang menjawab segala pertanyaan tokwan dan pakteh yang xpuas ati bila tiba2 pejabat agama xdapat nak keluarkan surat kebenaran barkahwin pada hari tu...
sepatutnya kami berkahwin pada 8 mac 2012 dan majlis pada 9 mac 2012...
tapi syukur ke hadrat ilahi...
keesokkannya kami dapat juga surat kebenaran berkahwin...
ditemani tokwan, kami pergi ke pejabat agama untuk mengambil surat tersebut...
Ijab dan Qabul
keluaga angkatku memberi kejutan kepada kami dengan memanggil sepupunya untuk menjadi jurumekap dan jurukamera untuk merakamkan detik2 manis kami bersama...
ditemani keluarga tercinta dan sahabat handai, kami diiringi ke masjid selepas solat jumaat untuk diijab qabul...
zawji agak gugup masa lafaz pertama...
masa tu aku terfikir, adakah kami tiada jodoh?
lepas segala rintangan yg kami lalui, akhirnya hubungan kami mati disaat ingin dilafazkan ijab dan qabul?
aku rasa seolah2 ingin lari dari majlis tersebut...
tiba2 imam bertanya kepada dua saksi di sisinya...
"sah?"..."sah!" jawab saksi...
aku kebingungan...zawji masih di situ...
berjabat tangan dengan imam...
aku menoleh ke ara ibu bapaku...
air mata jernih membasahi pipi mereka...
aku? sedikit pun tidak menangis...
aku masih lagi tidak percaya yang aku sudah bergelar isteri kepada seorang lelaki yang kucintai...
Selesai
lepas menandatangani surat yang aku sendiri xdapat kenal pasti surat apa...
zawji menyarungkan cincin emas yang kami beli sama2 ke jariku...
ku mencium tangannya dan dia mengucup dahiku selepas cincin perak disarungkan ke jarinya...
selepas melihat cincin di jari manisku baru aku percaya yang aku telah sah menjadi seorang isteri...
malam tu, keluargaku berangkat pulang ke kampung...
tinggallah kami berdua bersama keluarga angkatku...
Bahagia
setelah beberapa bulan melayari bahtera perkahwinan,
aku rasa sangat bahagia berada di sisi suami tercinta...
susah payah kami lalui bersama...
walaupun kadang2 'tergigit lidah', namun kami masih meniti detik manis bersama...
kepayahan untuk mendirikan rumah tangga mengajar kami untuk menghargai hubungan ini...
kesulitan mematangkan kami...
terima kasih zawji kerana menerima maz sebagai tulang rusukmu yang sah...
maz sayang abang...cinta maz untuk abang sampai ke syurga...
terima kasih kepada:
ibu bapa yang sentiasa menyokong
keluarga angkat yang sentiasa membantu
sahabat yang sentiasa meraikan
ZAWJI yang sentiasa di sisi
selepas akad nikah...ditemani housmate n cosmate |
Dulu masa sebelum kahwin asyik fikir mcm mana nak kahwin duit tak cukup duit takde...But bila dah lepas semuanya....baru tersedar..Rezeki itu Rahsia Allah...Allahuahbar.. ;') Manusia kene berusaha dan berdoa InysaAllah Dia permudahkan jalan ♥