SAHABAT SEPERJUANGAN

Monday, April 30

Gadis Cantik VS Orang Kaya


New Thread pertanyaan dari Gadis Cantik

Saya jujur tentang apa yang akan cuba saya katakan di sini.
Pada tahun ini saya berumur 25 tahun.
Saya sangat cantik dan berpenampilan menarik lagi bergaya.
Saya ingin berkahwin seorang pemuda yang mempunyai pendapatan minima $ 500 ribu setahun. Anda mungkin berfikir saya seorang yang materialistik, tapi pendapatan $ 1juta setahun hanya dianggap sebagai kelas menengah di New York .
Syarat-syarat saya mudah. Apakah ada di forum ini mempunyai pendapatan $500ribu setahun?
Apakah anda semua sudah berkahwin?

Yang saya ingin tanyakan:
Apa yang harus saya lakukan untuk menikahi orang kaya seperti anda?
Yang terkaya pernah bercinta dengan saya hanyalah berpendapatan $250ribu setahun. Bila seseorang ingin pindah ke kawasan elit di City Garden New York , pendapatan $ 250 ribu/tahun tidak mencukupi.
Dengan kerendahan hati, saya ingin bertanya:
Dimana orang-orang kaya hang out?
Dalam umur berapa yang harus saya cari?
Kenapa kebanyakan isteri orang2 kaya hanya berpenampilan standard?
Saya pernah bertemu dengan beberapa wanita yang memiliki penampilan tidak menarik, tapi mereka boleh berkahwin pemuda kaya?
Bagaimana anda memutuskan, siapa yang boleh menjadi isterimu, dan siapa yang hanya boleh menjadi kekasih?
Si Cantik
Jawapan dari Orang kaya
Saya telah membaca entri anda dengan semangat. Saya rasa banyak gadis-gadis di luar sana yang mempunyai pertanyaan yang sama.
Izinkan saya untuk menganalisa situasi mu sebagai seorang profesional.
Pendapatan tahunan saya lebih dari $500 ribu, sesuai dengan syaratmu. Jadi saya harap semuanya tidak berfikir saya main-main di sini. Dari sisi seorang usahawan, merupakan keputusan salah untuk berkahwin dengan anda.
Jawapannya mudah saja, Saya cuba jelaskan, cuba tempatkan “kecantikan” dan “wang” sebelah menyebelah, dimana anda mencuba menukar kecantikan dengan wang :
pihak A menyediakan kecantikan, dan pihak B membayar untuk itu, hal yg masuk akal.
Tapi ada masalah disini, kecantikan anda akan hilang, tapi wang saya tidak akan hilang tanpa ada sebab.
Faktanya, pendapatan saya mungkin akan meningkat dari tahun ke tahun, tapi anda tidak akan bertambah cantik tahun demi tahun. kerana itu, dari sudut pandang ekonomi, saya adalah aset yang akan meningkat, dan anda adalah aset yang akan menyusut. Bukan hanya penyusutan normal, tapi penyusutan secara eksponen.
Jika hanya (kecantikan) itu aset anda, nilai anda akan sangat mengkhuatirkan 10 tahun akan datang.
Dari aturan yang kita gunakan di Wall Street, setiap pertukaran memiliki posisi. Bercinta dengan anda juga merupakan posisi tukar.
Jika nilai tukar turun, kita akan menjualnya dan adalah idea yang buruk untuk menyimpan dalam jangka panjang, seperti perkahwinan yang anda yang anda inginkan.
Mungkin kedengaran agak kasar, tapi untuk membuat keputusan bijaksana,
setiap aset dengan nilai susut nilai yang besar akan dijual atau “disewakan”. Siapa saja dengan pendapatan tahunan $500 ribu, bukannya orang bodoh.
Kami mungkin akan bercinta dengan anda, tapi tidak akan menikahi anda.
Saya menyarankan agar anda lupakan saja untuk mencari cara berkahwin orang kaya. Lebih baik anda menjadikan diri anda orang kaya dengan pendapatan $500ribu setahun.
Ini cara lebih baik daripada mencari orang kaya bodoh.
Mudah-mudahan balasan ini dapat membantu. Jika anda tertarik untuk servis “sewa”, hubungi saya.
ttd,
J.P. Morgan

0 winks2x.......:

MY FAVOURITE

  • jalan2 bersama org y trsayang... =)
  • picnic ngn y trsayang......bestnye.....
  • merakam detik2 manis bersama org tersayang... =]
  • time xduk umah, suke gayut ngn si kenit ngn budak udoh
  • do something creative....suke sgt!!
  • kdg2 baca novel....
  • online....facebooking..... blogging..... cari cite2 baru untuk dimuatkan lam blog dan note fb.......... ;-)

Nikmatnya hidup ini....

Nikmatnya hidup ini....
Ku mengimpikan sebuah keluarga bahagia

sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah