========================== =================
1- Berapa ramai para suami yang sanggup bersusah payah untuk menjaga isteri sewaktu di dalam pantang?
2- Berapa ramai yang tahu resepi atau makanan yang sesuai untuk isteri dalam pantang?
3- Berapa ramai yang sanggup belajar mandikan bayi baru lahir yang masih lembut badan dan tulang nya tu?
Yang biasa kita dengar, apabila isteri bersalin, isteri akan dihantar balik kampung untuk dijaga oleh ibu mertua ataupun ibu sendiri. Encik suami? Adakah anda menghabiskan masa-masa cuti anda untuk enjoy? Diharapkan semua suami yang membaca artikel ini, adalah suami yang bertanggungjawab kepada isteri anda…
.
Encik-encik suami sekalian, tahukah anda, sakit melahirkan pernah disenaraikan sebagai kesakitan ranking kedua selepas sakitnya dicabut nyawa.....Berkorbanlah sebanyak manapun untuk jaga isteri selepas dia melahirkan, tidak akan dapat menebus semula kesakitan melahirkan itu. Jadi, tidak salah sekiranya anda menunaikan permintaan isteri anda jika isteri anda meminta bantuan.Lebih baik sekiranya, anda bertindak dahulu sebelum diminta atau disuruh oleh isteri anda.. .Ingatlah…Isteri anda telah bertarung nyawa melahirkan zuriat anda
….
Antara tips yang para suami boleh praktikkan sewaktu isteri sedang dalam pantang ialah:-************************** ************************** **
1. Para suami, bangunlah lebih awal sebelum isteri bangun dari tidur selama tempoh berpantang. Sediakanlah air mandian untuk isteri anda. Rebuskan daun-daun kayu untuk air mandian si isteri. Biasanya seminggu pertama, digalakkan mandi air rebusan daun ini untuk kembalikan kesegaran badan. Kalau susah nak jumpa daun-daun ubat untuk mandian, cukuplah sekadar menyediakan air suam untuk mandian isteri (bagi yang tak mempunyai water heater).
2. Sediakan sarapan untuk isteri seawal mungkin. Sebaiknya lepas solat Subuh, sediakanlah sarapan untuk isteri anda…Kalau boleh, tidak perlu sambung tidur semula…Kalau tak dapat sediakan sarapan yang agak berat, memadai segelas milo dan roti bakar..Pasti isteri anda rasa amat dihargai…
3. Cubalah belajar untuk mandikan baby anda walaupun baby anda masih lembut badannya.. Kalaulah anda tiada kemahiran mandikan baby ataupun tak berbakat langsung, sekurang-kurangnya bantulah isteri, ibu atau mentua sediakan air mandian. Bayi biasanya dimandikan dengan air suam untuk elakkan hypothermia. Pada peringkat awal, kawalan suhu badan bayi masih lemah.
4. Jika kelahiran ini bukan kelahiran yang pertama (maksudnya sudah ada 1-2 anak sebelumnya), pastikan segala urusan anak-anak itu diuruskan. Janganlah diharapkan isteri yang baru melahirkan itu untuk menjaga anak-anak yang lain. Biarkan si isteri berehat sepenuhnya dengan bayi yang baru dilahirkan. Urusan-urusan yang dimaksudkan merangkumi makan-minum, mandi, pakaian sehinggalah menidurkan anak.
5. Sediakan keperluan-keperluan yang sering dianggap remeh, berhampiran isteri seperti sebotol air minuman berserta gelas, tuala, bakul baju kotor, majalah dan buku kegemaran (untuk mengelakkan boring).
6. Sentiasa berada di sisi isteri untuk menghulurkan bantuan apa-apa yang perlu. Jangan sampai isteri terpaksa menjerit-jerit memanggil untuk minta bantuan sedangkan si suami tertidur di depan televisyen selepas menonton astro.
0 winks2x.......:
Post a Comment