Salleh dan Salleha sedang duduk bersama di taman kampus tanpa melakukan apapun,
hanya memandang langit sementara sahabat-sahabat mereka yang lain sedang asyik bercanda ria dengan kekasih masing-masing.
Salleha : ” Ahhh!! aku bosan. Aku berharap aku juga mempunyai pacar yang dapat bersama berbagi waktu denganku. “
Salleh : ” Nampaknya cuma tinggal kita berdua saja yang masih single mingle, masih tidak mempunyai pasangan sekarang.”
( keduanya mengeluh dan berdiam beberapa saat )
Salleha : ” Aku ada idea best nie. Kita adakan permainan jom? “
Salleh : “Errr? Permainan apa? “
Salleha : “Ermmmmm… sonang tu bah. Apa kata kau jadi pacarku dan aku jadi pacarmu tapi hanya untuk 100 hari saja….. camnerr okay tak? “
Salleh : ” Baiklah… lagi pong aku juga belom ada agenda apa-apa untuk beberapa bulan nie. “
Salleha : ” Lerr… cam tak ikhlas jerr…. nak tak nak??… semangat sikitlah! Hari ini akan jadi hari pertama kita bercouple. Kita ke mana sekarang? “
Salleh : ” Camnerr kalau kita nengok wayang ajerr? Kalao tak salah citerr PGL tengah now showing nie….. Ajebb ngan Adha cakap citerr nyerr best tau.. dia orang kasi 4 bintang lagi. “
Salleha : “OK sett!!!…. Jom kita pergi sekarang. Pastu kita gi karaoke yerr… agak-agak kalau kita ajak sama MasPenn ngan Lili tu dia nak tak??? “
Salleh : “Boleh juga…”
( mereka berdua pun pergi menonton, berkaraoke dan Salleh menghantar Salleha pulang selepas itu )
Hari ke 2 :
Salleh dan Salleha menghabiskan waktu untuk berbual dan bercanda di kafe,
suasana kafe yang remang-remang dengan alunan muzik yang syahdu membawa hati mereka pada situasi yang romantis.
Sebelum pulang Salleh membeli sebuah kalung perak yang berloketkan sebiji bintang untuk Salleha.
Hari ke 3 :
Mereka pergi ke Mall membeli-belah untuk mencari hadiah buat Lady Rye, seorang sahabat Salleh.
Setelah lelah berkeliling dalam Mall,
mereka memutuskan untuk membeli sebuah jam tangan.
Setelah itu mereka beristirihat dan duduk di foodcourt,
makan sepotong kuih dan satu gelas jus berdua dan mulai berpegangan tangan untuk pertama kalinya.
Hari ke 7 :
Bermain bowling dengan teman-teman Salleh.
Tangan Salleha terasa sakit kerana tidak pernah bermain bowling sebelumnya.
Salleh memicit-micit tangan Salleha dengan lembut.
Hari ke 25 :
Salleh mengajak Salleha makan malam di Danga Bay.
Bulan sudah menampakkan diri,
langit yang cerah menghamparkan ribuan bintang dalam pelukannya.
Mereka duduk menunggu makanan,
sambil menikmati suara desir angin berpadu dengan suara gelombang bergulung di pantai.
Sekali lagi Salleha memandang langit,
dan melihat bintang jatuh ( shooting stars ).
Dia mengucapkan suatu permintaan dalam hatinya.
Hari ke 41 :
Salleh menyambut ulang tahun.
Salleha membuatkan kek ulang tahun untuk Salleh.
Bukan kek buatannya yang pertama,
tetapi kasih sayang yang mulai timbul dalam hatinya membuat kek buatannya itu menjadi yang terbaik. Salleh terharu menerima kek itu,
dan dia mengucapkan suatu harapan saat meniup lilin ulang tahunnya.
Hari ke 67 :
Salleh dan Salleha menghabiskan waktu di Sunway Lagoon.
Berjalan sama di The World’s Longest Pedestrian Suspension Bridge, sambil menikmati pemandangan. Naik The Viking, makan eskrim bersama, dan mengunjungi kiosk permainan.
Salleh menghadiahkan sebuah boneka teddy bear besar bermata biru untuk Salleha,
dan Salleha membelikan sebuah MP3 thumbdrive player untuk Salleh.
Hari ke 72 :
Pergi ke Suntec City di Temasik. Melihat meriahnya pamiran dari negeri Cina.
Salleha mengajak Salleh untuk mengunjungi salah satu kiosk “Fortune Telling”.
Sang peramal hanya mengatakan “Hargai waktumu bersamanya mulai sekarang” kemudian peramal itu menitiskan airmata.
P.S : Korang jangan pulak besok-besok gi jumpa tukang telek pulak… tang ini cuma buat sedapkan jalan citerr jerr…
Hari ke 84 :
Salleh mengusulkan agar mereka berlibur ke pantai.
Pantai Desaru kelihatan sepi kerana bukannya waktu percutian bagi orang lain.
Mereka melepaskan sandal dan berjalan sepanjang pantai sambil berpegangan tangan,
merasakan lembutnya pasir dan dinginnya air laut menghempas kaki mereka.
Matahari terbenam, dan mereka berpelukan seakan tidak ingin berpisah lagi.
P.S Lagi : Tang peluk-peluk nie pong… korang jangan pulak nanti serang jebat pasai buat adengan peluk-peluk… sama jugak macam yang kat atas tu… sajerr nak panjangkan citerr…
Hari ke 99 :
Salleh memutuskan agar mereka menjalani hari ini dengan bersantai sambil berputar- putar tanpa arah tujuan keliling bandar dan akhirnya duduk di sebuah taman.
1520hrs
Salleha : ” Aku haus. Rest kejap okay. “
Salleh : ” Tunggu disini, aku beli minuman dulu. Aye nak minum “Green Tea”; You nak minum apa? “
Salleha : ” Biar I saja yang beli. Aye kan penat putar stering keliling bandar hari ini. Sekejap yerr “
Salleh mengangguk. Kakinya memang suka simpul biawak atau cramp kalau lama memandu.
1530hrs
Salleh sudah menunggu selama 10 minit and Salleha masih belum kembali juga. Tiba-tiba seseorang yang tidak dikenali berlari menghampiri Salleh dengan wajah panik.
Salleh : ” Ada apa Cik? “
Orang asing : ” Ada seorang perempuan dilanggar kereta. Rasa-rasanya macam temanmu tadi “
Salleh segera berlari bersama orang itu. Disana, di atas jalan yang panas terjemur terik matahari siang, tergeletak tubuh Salleha bersimbah darah, masih memegang botol minumannya. Salleh segera menelefon ambulan dan langsung mengikut Salleha ke rumah sakit bersama-sama ambulan. Selama 8 jam 10 minit, Salleh tidak senang duduk diruang menunggu bilik kecemasan. Sekejap berdiri… sekejap mundar-mandir..fikiran Salleh bercelaru. Seorang doktor keluar dengan wajah penuh penyesalan.
2353hrs
Doktor Zuhana : ” Maaf, tetapi kami sudah cuba melakukan yang terbaik. Dia masih bernafas sekarang tapi Yang Maha Kuasa akan segera menjemput. Kami menjumpai surat ini dalam kocek bajunya. “
Doktor Zuhana memberikan sekeping surat yang terkena percikan darah kepada Salleh dan Salleh segera masuk ke dalam bilik rawatan untuk melihat Salleha.
wajahnya pucat tetapi kelihatan damai.
Salleh duduk disisi pembaringan Salleha dan menggenggam tangan Salleha dengan erat.
Untuk pertama kali dalam hidupnya Salleh merasakan torehan luka yang sangat dalam di hatinya.
Butiran airmata mengalir dari kedua belah matanya.
Kemudian dia mulai membaca surat yang telah ditulis Salleha untuknya.
Sahabatku Salleh…
Ke 100 hari kita sudah hampir berakhir.
Aku menikmati hari-hari yang telah ku lalui bersamamu.
Walaupun kadang-kadang kau buat derk dan tidak dapat ku membuat telahan,
tetapi semua perkara itu telah membawa kebahagiaan dalam hidupku.
Aku sudah menyedari bahawa kau adalah jejaka yang berharga dalam hidupku.
Aku menyesal tidak pernah berusaha untuk mengenalmu lebih dalam lagi sebelumnya.
Sekarang aku tidak meminta apa-apa,
hanya berharap kita dapat memperpanjang hari-hari kebersamaan kita.
Sama seperti yang ku ucapkan pada bintang jatuh malam ( shooting stars ) itu di pantai,
Aku ingin kau menjadi cinta sejati dalam hidupku.
Aku ingin menjadi kekasihmu selamanya dan berharap kau juga akan berada disisiku
seumur hidupku.
Salleh, aku sangat sayang padamu.
2358hrs
Salleh : ” Salleha, apakah kau tahu harapan apa yang ku ucapkan dalam hati tika meniup lilin ulang tahunku? Aku pun berdoa agar Tuhan mengizinkan kita bersama-sama selamanya. Leha, kau tidak boleh meninggalkan aku! Hari yang kita lalui baru berjumlah 99 hari! Kau harus bangun dan kita akan melalui puluhan ribu hari bersama-sama! Aku juga sayang padamu, Salleha. Jangan tinggalkan aku,
Ayang…jangan biarkan aku kesepian!, Aku sayang kamu…!”
Jam dinding berdentang 12 kali….jantung Salleha berhenti berdetak.
Hari itu adalah hari ke 100…
Lagi-Lagi P.S :
Luahkan perasaanmu pada orang yang kau sayangi sebelum terlambat.
Kau tidak akan pernah tahu apa yang akan terjadi esok.
Kau tidak akan pernah tahu siapa yang akan meninggalkanmu dan tidak akan pernah kembali lagi.
True love doesn’t always have a happy ending, because true love never ends….Be more concerned with your character than your reputation, because your character is what you really are, while your reputation is merely what others think you are.....
0 winks2x.......:
Post a Comment